#1128: ‘Amr bin Luhay al-Khuza’i

Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Boleh ustaz terangkan kepada saya kisah ‘Amr bin Luhay al-Khuza’i?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Sejarah mencatatkan, permulaan syirik di Makkah adalah bermula dengan ‘Amr bin Luhay al-Khuza’i dari Bani Khuza’ah. Beliau adalah seorang yang sangat dermawan yang luar biasa. Sehingga disebut oleh sejarawan seperti al-Azraqi dalam Akhbar Makkah (1/100) dan demikian juga dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah (2/237). Antara contoh kedermawanan beliau ialah suka menjamu makan dan minum kepada jemaah haji dengan percuma. 

Ibn Kathir menukilkan bahawa al-Suhaili berkata: “Kadang-kadang, ‘Amr bin Luhay ketika musim haji, dia menyembelih sepuluh ribu (10,000) ekor unta untuk jemaah haji, memberikan sepuluh ribu (10,000) pakaian dan setiap tahun, dia menjamu makan kepada orang-orang Arab, membuatkan untuk mereka hais (الْحَيْسَ) (kurma yang dicampur tepung), yang dicampur dengan minyak samin dan madu, serta membuatkan untuk merekaa adunan sawiq.” (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 2/237)

Beliau merupakan seorang yang sangat dihormati oleh orang -orang Arab pada zaman tersebut. Kebaikannya tersebar ke seluruh jazirah Arab. Namun demikian, beliau juga orang yang pertama membawa bencana ke seluruh negeri Arab. 

Kesyirikan pertama kali dipelopori oleh ‘Amr bin Luhay al-Khuza’i. Disebutkan, bahawa beliau telah pergi bermusafir ke negeri Syam, di mana telah tersebar kesyirikan di negeri Syam pada ketika itu. Beliau mendapati bahawa penduduk negeri Syam telah menyembah berhala-berhala. Lalu dia bertanya, “Apa yang kamu semua sembah ini?” Mereka mengatakan, “Ini patung-patung, dengan wasilah (perantara) patung ini, apabila kami meminta hujan, maka tuhan kami menurunkan hujan.”

Lantas beliau meminta agar diberikan hadiah berupa patung yang akan dibawa pulang ke Makkah. Maka dia mula mengajak orang ramai untuk mencuba ibadah ini. Disebabkan Amr bin Luhay adalah orang yang dipatuhi perintahnya, maka bangsa Arab menyahut seruan beliau dan ikut menyembah patung tersebut, sehingga akhirnya menjadi satu kebiasaan bagi bangsa Arab untuk menyembah patung berhala. 

Diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW suatu ketika solat, kemudian Baginda berundur. (Para sahabat pun hairan, kenapa Baginda berundur). Kemudian Baginda bersabda:

وَلَقَدْ رَأَيْتُ جَهَنَّمَ يَحْطِمُ بَعْضُهَا بَعْضًا، حِينَ رَأَيْتُمُونِي تَأَخَّرْتُ، رَأَيْتُمُونِي تَأَخَّرْتُ وَرَأَيْتُ فِيهَا ابْنَ لُحَيٍّ وَهُوَ الَّذِي سَيَّبَ السَّوَائِبَ

Maksudnya: Aku diperlihatkan oleh Allah akan neraka Jahannam yang apinya menghentam satu dengan yang lain. Aku melihat dalam neraka Jahannam ada ‘Amr bin Luhay dan dia adalah orang yang telah mengadakan al-Sawa’ib.”

Riwayat al-Bukhari (1212) dan Muslim (901)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Sabda Baginda, ‘وَهُوَ الَّذِي سَيَّبَ السَّوَائِبَ’ (dan dialah yang mengadakan Sawa’ib). Sawa’ib adalah bentuk jamak kepada perkataan Sa’ibah (haiwan yang disediakan untuk sembahan mereka dan tidak digunakan untuk mengangkut barang). (Lihat Fath al-Bari, 6/421)

Dalam riwayat lain, daripada Abu Hurairah R.A, sabda Nabi SAW:

رَأَيْتُ عَمْرَو بْنَ عَامِرٍ الْخُزَاعِيَّ يَجُرُّ قُصْبَهُ فِي النَّارِ ، كَانَ أَوَّلَ مَنْ سَيَّبَ السَّوَائِبَ                                       

Maksudnya: “Aku melihat ‘Amr bin ‘Amir al-Khuza’i menyeret ususnya di dalam neraka kerana dia adalah orang pertama yang mengadakan al-Sawa’ib.”

Riwayat al-Bukhari (3521) dan Muslim (2856)

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan bahawa Ibn Ishaq berkata: Faktor yang menyebabkan Amr bin Luhay menyembah berhala adalah kerana dia keluar ke negeri Syam dan ketika itu, di sana terdapat bangsa Amaliq. Mereka menyembah berhala. Amr bin Luhay meminta salah satu berhala tersebut dan membawanya ke Makkah. Ketika sampai di Makkah, berhala tadi diletakkan di Ka’bah. Berhala ini bernama Hubal. Kononnya, ketika masa Jurhum, pernah ada seorang lelaki yang bernama Asaf telah melakukan perbuatan keji dengan seorang wanita bernama Na’ilah. Lalu Allah mengubah keduanya menjadi batu. Kedua batu ini diambil oleh Amr bin Luhay dan diletakkan di sekitar Ka’bah. Maka orang-orang yang bertawaf mengusap keduanya. Dimulakan dari Asaf dan diakhiri pada Na’ilah. 

Muhammad bin Habib menyebut versi lain daripada Ibn al-Kalbi. Menurutnya, ‘Amr bin Luhay memiliki seorang pengikut dari bangsa jin yang bernama Abu Thumamah. Suatu malam, jin ini datang kepada ‘Amr dan berkata, “Sahutlah seruan Abu Thumamah.” Amr berkata, “Aku menyahut seruanmu dari Tihamah.” Jin berkata, “Masuklah tanpa ada celaan. Datangi pantai Jeddah. Engkau dapati ia adalah sembahan yang telah disiapkan. Ambillah ia dan jangan takut. Lalu ajaklah orang menyembahnya, nescaya ajakanmu akan disambut.”

Amr bin Luhay pergi ke Jeddah dan menjumpai patung-patung yang disembah pada zaman Nuh dan Idris, iaitu Wudd (وُدٌّ), Suwa’ (سُوَاعٌ), Yaghuth (يَغُوثُ), Ya’uq (يَعُوقُ) dan Nasr (نَسْرٌ). Amr bin Luhay membawa patung-patung itu ke Makkah dan mengajak orang ramai untuk menyembahnya. Faktor inilah yang menyebabkan penyembahan terhadap berhala merebak dalam kalangan bangsa Arab. (Lihat Fath al-Bari, 18/62)

Dalam riwayat lain, daripada Jabir bin Abdillah R.A, Nabi SAW bersabda:

وَرَأَيْتُ فِيهَا لُحَيَّ بْنَ عَمْرٍو يَجُرُّ قُصْبَهُ فِي النَّارِ ، وَأشْبَهُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ مَعْبَدُ بْنُ أَكْثَمَ الْكَعْبِيُّ فقَالَ مَعْبَدٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَيُخْشَى عَلَيَّ مِنْ شَبَهِهِ وَهُوَ وَالِدِي ؟ قَالَ : ” لا ، أَنْتَ مُؤْمِنٌ ، وَهُوَ كَافِرٌ ” ، وَكَانَ لُحَيٌّ أَوَّلَ مَنْ حَمَلَ الْعَرَبَ عَلَى عِبَادَةِ الأَصْنَامِ .

Maksudnya:  “Aku melihat di dalamnya Luhay bin ‘Amr menyeret ususnya di dalam neraka dan wajahnya mirip dengan Ma’bad bin Aktham al-Ka’bi.” Lalu Ma’bad bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dikhuatiri orang yang mirip dengan dia adalah nenek moyangku?” Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, engkau orang yang beriman, sedangkan dia adalah kafir. Dan dia adalah orang pertama yang menyebabkan orang-orang Arab untuk menyembah berhala.” 

Riwayat Ahmad (14800), Abd bin Humaid (1034) dan Abu Nu’aim dalam Ma’rifah al-Sahabah (6125). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan isnadnya dha’if dalam takhrij al-Musnad.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 22 Mac 2023 bersamaan 29 Syaaban 1444H