#1169: Tidak Berpuasa Kerana Sakit

Original price was: RM265.00.Current price is: RM200.00.

Siri Umrah dan Haji

[eBook] Panduan Haji dan Umrah

Original price was: RM50.00.Current price is: RM40.00.

Siri Kematian

10 eBook Siri Kematian

Original price was: RM60.00.Current price is: RM35.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya tiada harapan untuk berpuasa kerana nasihat doktor pakar, akibat sakit yang saya alami. Dalam situasi ini bagaimana keadaan saya?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Saya mulakan jawapan ini dengan firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ 

Maksudnya:  “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”

(Surah al-Baqarah: 184)

Nas ini menunjukkan hendaklah diganti dengan membayar fidyah. Tetapi hendaklah diikat dengan beberapa dhawabit:

  • Ia berdasarkan pengakuan doktor pakar yang thiqah. 
  • Sekurang-kurangnya dua orang doktor pakar meniyakan dan mengesahkannya tentang penyakit yang dihadapi.
  • Seboleh-bolehnya dia berniat berpuasa pada malam hari dan cuba berpuasa sekadar kemampuannya tanpa memudaratkan kesihatannya. 

Semoga semangat dan niat untuk berpuasa dan menjunjung titah perintah Allah SWT akan dipahalakan oleh Allah SWT.

Bertarikh: 30 Mac 2023 bersamaan 8 Ramadhan 1444H