Buku Fizikal
RM40.00 Original price was: RM40.00.RM30.00Current price is: RM30.00.
eBahth Ilmi
RM100.00 Original price was: RM100.00.RM60.00Current price is: RM60.00.
Buku Fizikal
eBahth Ilmi
Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Boleh ke seseorang sedang berpuasa dan berniat untuk berbuka?
Jawapan:
Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.
Sebagaimana yang kita nyatakan pada jawapan yang lalu, niat merupakan salah satu daripada rukun puasa. Berdasarkan hadith:
Daripada Umar bin al-Khattab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang akan mengikut apa yang diniatkan.”
Riwayat Muslim (1907)
Dalam menjawab persoalan di atas, para ulama telah khilaf kepada dua pendapat:
- Tidak membatalkan puasa. Inilah pendapat ulama Syafi’iyyah, Hanafiyyah dan Malikiyyah. Kenyataan ini dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dan ramai lagi.
- Batal puasa. Ia merupakan pendapat ulama Hanabilah dan sebahagian Malikiyyah, serta wajib qadha’ puasanya. (Lihat Dur al-Mukhtar, 2/123, al-Majmuk, 3/284, Badai’ al-Sanai’, 2/92 Hasyiah al-Dusuki, 1/528 dan Kasyf al-Qina’ 2/316)
Saya cenderung kepada pendapat tidak batal puasa selama mana beliau tidak makan dan minum serta melakukan perkara yang membatalkan puasa yang lain. Ia adalah mazhab Syafi’i yang masyhur dan jumhur ulama.
Walaupun begitu, nasihat saya jangan bermain dengan niat dan jangan sekali-kali cuba membatalkan ibadat puasa yang telah diniatkan dan puasa sedang dijalankan. Ini kerana, keluar daripada khilaf adalah sunat. Semoga Allah SWT terima ibadat puasa kita akhirnya, menatijahkan kita termasuk di kalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin.
Bertarikh: 30 Mac 2023 bersamaan 8 Ramadhan 1444H