Buku Fizikal
RM40.00 Original price was: RM40.00.RM30.00Current price is: RM30.00.
eBahth Ilmi
RM100.00 Original price was: RM100.00.RM60.00Current price is: RM60.00.
Buku Fizikal
eBahth Ilmi
Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Adakah di sana kuantiti dan had makan terlupa seberapa banyak atau hanya dengan makan sedikit sahaja? Ini berkaitan orang yang lupa ketika berpuasa makan atau minum.
Jawapan:
Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.
Maka para ulama Al-Syafi’iyyah berbeza pendapat dalam isu ini kepada dua pendapat yang utama. Berikut kami kongsikan beberapa pendapat tersebut :
Pertama : Imam Al-Nawawi berdalilkan dengan keumuman hadis riwayat Abu Hurairah R.A di atas, lalu beliau mengeluarkan pendapat yang menyebut :
إذَا أَكَلَ أَوْ شَرِبَ نَاسِيًا لَمْ يُفْطِرْ عِنْدَنَا سَوَاءٌ قَلَّ ذَلِكَ أَمْ كَثُرَ هَذَا هُوَ الْمَذْهَبُ
Maksudnya : Apabila seseorang itu makan atau minum dalam keadaan terlupa, ia tidak membatalkan puasa di sisi kami (Al-Syafi’eyyah) sama ada yang demikian itu (kadar makan dan minum) sedikit ataupun banyak. Inilah pendapat mazhab. (Lihat Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 6/324)
Kedua : Meskipun begitu, tidak dinafikan bahawa ada beberapa tokoh dalam kalangan Al-Syafi’eyyah sendiri menyatakan pendapat yang berbeza dalam isu ini. Ini seperti yang disebutkan oleh Syeikh Taqiuddin Al-Hisni :
فَلَو كثر ذَلِك فَوَجْهَانِ الْأَصَح عِنْد الرَّافِعِيّ يفْطر لِأَن النسْيَان مَعَ الْكَثْرَة نَادِر
Maksudnya : Sekiranya ia (makan dan minum itu) dalam kadar yang banyak maka ada dua pendapat (dalam isu ini). Pendapat yang paling sahih di sisi Imam Al-Rafi’e adalah ia membatalkan puasa. Ini kerana, sifat terlupa bersama dengan kadar yang banyak itu adalah suatu yang jarang (bukan kebiasaan). (Rujuk Kifayah Al-Akhyar, hlm. 199)
Setelah melihat kepada dua pendapat di atas, saya cenderung untuk memilih pendapat yang pertama kerana umum hadith tanpa membezakan sama ada makan yang banyak atau sedikit. Ini kerana, sifat terlupa ini di luar kawalan manusia yang mana disebut ‘illah atau sebab dia makan itu kerana Allah telah memberi kepadanya makan. Sebagaimana sabda Nabi SAW:
إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ، فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ
Maksudnya : “Apabila salah seorang kamu terlupa, kemudian dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberi dia makan dan juga minum.”
Riwayat Al-Bukhari (1933)
Semoga kita sentiasa beristiqamah dan beriltizam untuk menunaikan ibadat puasa serta ibadat yang lain dengan penuh ketenangan sehingga melahirkan ketaqwaan. Amin.
Bertarikh: 30 Mac 2023 bersamaan 8 Ramadhan 1444H