Buku Fizikal
RM40.00 Original price was: RM40.00.RM30.00Current price is: RM30.00.
eBahth Ilmi
RM100.00 Original price was: RM100.00.RM60.00Current price is: RM60.00.
Buku Fizikal
eBahth Ilmi
Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Oleh kerana Hari Raya pada kali ini saya akan balik kampung pada malam Raya. Cita-cita saya ingin bayar zakat di kampung saya yang terletak di Kedah. Apa pandangan Dato Seri?
Jawapan:
Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.
Seperti yang saya jawab dahulu, bahawa zakat fitrah adalah kefardhuan. Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”
Sahih Muslim (984)
Saya katakan niat tuan untuk bayar zakat fitrah di kampung tempat tinggal tuan adalah baik. Akan tetapi, lebih baik dibayar di tempat kita tinggal atau bermukim. Tuan hanya pulang beberapa hari sahaja kemudian akan kembali ke rumah kediaman yang tuan telah menetap. Justeru, bayar di kawasan tempat tinggal tuan adalah lebih afdhal dan lebih baik.
Kedua, terdapat risiko jika berlaku traffic jam dan kesesakan lalu lintas amat sangat, mungkin tuan terlupa atau terlewat sampai sehingga selesai solat Hari Raya Aidilfitri. Maka, maka tuan telah terluput waktu yang wajib tuan tunaikan. Mimbab ihtiyath supaya kita dapat menunaikan ibadat zakat fitrah dengan sempurna dan yakin dalam waktunya.
Semoga kita semua termasuk di kalangan mereka yang menunaikan zakat dan juga mendirikan solat. Amin.
Bertarikh: 30 Mac 2023 bersamaan 8 Ramadhan 1444H