Buku Fizikal
RM40.00 Original price was: RM40.00.RM30.00Current price is: RM30.00.
eBahth Ilmi
RM100.00 Original price was: RM100.00.RM60.00Current price is: RM60.00.
Buku Fizikal
eBahth Ilmi
Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Bagaimana cara merawat penyakit hati?
Jawapan:
Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.
Berdasarkan kepada soalan di atas, saya berpendapat maksud merawat penyakit hati bukan penyakit hati yang zahir. Kerana hal ini akan dirujuk kepada paka-pakar perubatan hati di hospital atau pun klinik. Justeru, hati di sini adalah hati yang maknawi. Inilah yang disebut dalam al-Quran al-Karim, firman Allah SWT:
خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: “(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.”
Surah al-Baqarah (7)
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Maksudnya: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”
Surah al-Baqarah (10)
Bagi merawat hati yang mati ini, para ulama antaranya Ibrahim Al-Khawas berkata, “Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang soleh.”
Ini menunjukkan amalan yang dinyatakan boleh menghidupkan hati, bahkan memberi cahaya dalam kehidupan, iaitu:
- Membaca al-Quran sambil memahami maknanya. Hendaklah seseorang itu tadabbur dan bercita-cita untuk menghayati dan mengamalinya.
- Mengosongkan perut dengan cara puasa dan diisi dengan ketaatan ketika melakukan ibadat puasa.
- Solat malam seperti tahajjud, witir, dan jika bulan Ramadhan, tarawih dan lain-lain lagi seperti zikir, baca al-Quran, istighfar.
- Berdoa pada waktu fajar. Antara yang terbaik adalah sentiasa munajat dan istighfar kerana inilah sifat orang-orang yang beriman.
Firman Allah SWT:
كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya: “Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).”
(Surah al-Zariyat: 17-18)
- Bergaul dengan orang-orang soleh. Ini kerana keperibadiannya itu dapat kita contohi dan diri kita terjaga dari sebarang maksiat.
Selain daripada itu, saya syorkan supaya sentiasa ke masjid utnuk menghadiri majlis ilmu, solat dan zikir. Di samping itu, bersahabatlah dengan para ulama, mudah-mudahan kita memperolehi cahaya ilmu yang akan membantu kita dalam melayari bahtera kehidupan ini dengan sebaik mungkin. Semoga Allah SWT cahayakan hati kita dengan taufik dan hidayah-Nya sehingga kita menemui-Nya. Amin.
Bertarikh: 30 Mac 2023 bersamaan 8 Ramadhan 1444H