Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Adakah kesan pada pembiayaan Islamik apabila bank negara menaikkan kadar OPR?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan definisi dan takrifan OPR serta tujuannya. OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.
Mungkin aplikasi OPR ini nampak seperti muslihat pindah milik dan alir tunai biasa, tetapi keperluan pinjaman serta bayaran pinjaman tunai mengikut hari ini penting untuk sistem kewangan makro berfungsi dengan lancar. Malah ia juga beri kesan kepada kadar faedah pinjaman.
Kenapa OPR naik?
Ia adalah langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Selain untuk membendung inflasi, OPR yang naik ini secara tidak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.
Apa Akan Jadi Kalau OPR Naik Lagi?
Sebagai makluman, sejak pandemik, BNM telah menurunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak 5 kali; dari 3.25% ke 1.75% dalam tempoh 4 tahun terdahulu (boleh rujuk jadual di bawah).
Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi 2 kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi. Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik. Tetapi jika kadar OPR naik, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.
Seperti bank-bank pusat lain di seluruh dunia, BNM menaikkan OPR bagi menguruskan risiko kenaikan harga. Menurut BNM, apabila ekonomi lemah (semasa COVID-19), OPR telah diturunkan untuk menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan. Melalui OPR yang rendah, anda akan mendapat:
- Pinjaman lebih murah
- Kadar deposit lebih rendah
Tindakan mengekalkan OPR terlalu rendah dalam tempoh terlalu lama boleh mengakibatkan perbelanjaan dan pinjaman yang berlebihan yang menjejaskan kenaikan harga. Ini terutamanya menjejaskan isi rumah berpendapatan rendah. Apabila ekonomi semakin pulih, BNM sedang melaraskan kadar OPR secara beransur-ansur dan terkawal. Bank pusat lain juga telah menaikkan kadar mereka tetapi pada kadar yang lebih besar dan lebih cepat.
Satu perkara yang kita perlu tahu adalah apabila BNM menaikkan OPR, maka institusi kewangan sama ada konvensional atau Islam, masing-masing akan menaikkan kadar faedah bagi pinjaman atau kadar keuntungan bagi pembiayaan secara Islam. Dengan lain perkataan, kenaikan OPR secara umumnya akan menjadikan kos pembiayaan lebih mahal berbanding kos pembiayaan ketika OPR yang lebih rendah. Ini kerana, ketika OPR tinggi, kadar keuntungan yang diambil oleh institusi kewangan Islam juga tinggi dan begitulah sebaliknya.
Bagi mereka yang telah mengambil pembiayaan, kesan secara langsung memang boleh dilihat terhadap pembiayaan yang menggunakan kadar terapung (floating rate). Ini kerana pembiayaan yang menggunakan kadar terapung akan dipengaruhi oleh turun naik Kadar Pembiayaan Asas /Base Financing Rate (BFR) atau Kadar Asas /Base Rate (BR). Ini kerana kedua-duanya akan dipengaruhi oleh turun naik OPR.
Meskipun begitu, kesannya tidaklah ketara sangat sebagaimana kesannya terhadap pinjaman konvensional. Ini kerana pembiayaan tersebut tetap terikat dengan kadar siling (ceiling rate).
Ini bermakna, jika BFR atau BR naik melebihi kadar siling, maka kadar terpakai hanyalah setakat kadar siling sahaja. Sedangkan dalam pinjaman konvensional, kadar siling tidak terpakai dan kenaikan BLR akan mengikut sahaja kenaikan OPR walau setinggi mana sekalipun.
Namun, bagi mereka yang telah mengambil pembiayaan yang menggunakan kadar tetap (fixed rate), maka naik turun OPR tidak akan memberi kesan apa-apa. Ini bermakna dalam situasi OPR dinaikkan oleh BNM, penerima pembiayaan tersebut akan membuat bayaran yang sama sahaja setiap bulan meskipun kadar BFR atau BR dinaikkan oleh institusi ini bermakna, jika BFR atau BR naik melebihi kadar siling, maka kadar terpakai hanyalah setakat kadar siling sahaja. Sedangkan dalam pinjaman konvensional, kadar siling tidak terpakai dan kenaikan BLR akan mengikut sahaja kenaikan OPR walau setinggi mana sekalipun.
Namun, bagi mereka yang telah mengambil pembiayaan yang menggunakan kadar tetap (fixed rate), maka naik turun OPR tidak akan memberi kesan apa-apa. Ini bermakna dalam situasi OPR dinaikkan oleh BNM, penerima pembiayaan tersebut akan membuat bayaran yang sama sahaja setiap bulan meskipun kadar BFR atau BR dinaikkan oleh institusi kewangan tersebut akibat daripada kenaikan OPR. Institusi kewangan tersebut akibat daripada kenaikan OPR.
Kesimpulan
Kesimpulannya, apabila kita telah memahami kesan OPR terhadap pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam, maka kita perlu berfikir panjang sama ada perlu atau tidak kita memohon pembiayaan pada saat begini sekiranya ia bukan satu keperluan, tetapi hanya sekadar untuk bermewah.
Justeru, nasihat saya kita hendaklah menjadi orang yang bijak dalam menguruskan kewangan peribadi. Alhamdulillah, di bawah Bank Negara melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang berfungsi sebagai pemberi nasihat dan tunjuk ajar kepada khalayak masyarakat dalam mengurus tatakelola kewangan dan keberhutangan. Ia amat baik untuk dirujuk bagi penyelesaian masalah yang terkait dengan hutang.
Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan Allah SWT bahagiakan hidup kita dan meluaskan hidup kita termasuk melunaskan pinjaman atau hutang.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Riwayat al-Bukhari (6369), Abu Dawud (1555), al-Tirmizi (3484), al-Nasa’ie (5449) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (305)
Bertarikh: 15 Mei 2023 bersamaan 26 Syawal 1444H