#1610: Tiada Rekod Khutbah Jumaat Nabi SAW?

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Jika Solat Jumaat itu wajib dengan khutbah, kenapa tiada rekod khutbah jumaat dari Nabi SAW? Sedangkan hadith yang bukan ilmu secara formal, beratus ribu ada usaha untuk direkodkan.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Saya ucapkan terima kasih atas persoalan ini kerana keprihatinan saudara untuk mengetahui tentang agama. Saya mulakan dengan firman Allah SWT:

وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا ۚ قُلْ مَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ ۚ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya: “Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Surah al-Jumu’ah (11)

Nas ini menunjukkan Rasulullah SAW sedang khutbah Jumaat. Alhamdulillah, pada masa kini sudah dikumpulkan banyak kitab yang terkait dengan khutbah Rasulullah SAW antaranya yang bertajuk:

    • Khutabu al-Rasul SAW yang mengandungi 184 halaman. 
    • Khutabu al-Rasul SAW karya Muhammad Khalil al-Khatib sebanyak 574 khutbah.
  • Mau’izah al-Habib wa Tuhfah al-Khatib min Khutabin Nabi al-Nabiyyi wa al-Khulafa’ al-Rasyidin oleh al-‘Allamah Syeikh Ali bin Sultan Muhmmad al-Qari al-Hanafi al-Makki.

Persoalan saudara kami tegaskan seperti berikut, riwayat sahabah tatkala mereka mendengar daripada Rasulullah SAW, menyaksikannya dan hidup bersamanya dari ucapan Nabi SAW, perbuatan, taqrir dan ahwalnya, menunjukkan ia menyelubungi semua perkara yang penting dalam agama yang menjadi juzuk asasi dalam syariat Islam.

Ia termasuk dari penyempurnaan agama, seperti mana yang dinyatakan oleh Allah SWT:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Surah al-Maidah (3)

Daripada sini, nyatalah bahawa untuk menuntut semua khutbah-khutbah Nabi SAW secara khusus berdasarkan tarikh, masa dan waktu termasuk naik dan turun mimbar adalah amat sukar kerana kemampuan kita yang terbatas. Proses seperti ini perlu merujuk kepada tarikh, tanwin, tausiq dan penyelidikan yang rapi.

Sebagai mana yang ktiatahu, Rasulullah SAW menyampaikan banyak jenis khutbah, seperti khutbah Jumaat, khutbah Hari Raya, khutbah Istisqa’, khutbah gerhana, khutbah Arafah, khutbah haji dan jika ada satu-satu peristiwa, Rasulullah SAW juga menyampaikan khutbah. Sebahagiannya diriwayatkan secara khusus.

Alhamdulillah, mutakhir ini sudah ada yang mengumpulkannya, khutbah-khutbah Nabi SAW yang ktia boleh rujuk. Dalam senaraian saya terdapat 20 pengarang yang menyusun khutbah Nabi SAW, seawalnya oleh Imam Ali al-Madini, wafat 224 H dengan tajuk Khutabu al-Nabi SAW

Dan antara yang terakhir ialah risalah Master yang dikemukakan oleh Mus’ab Nuri Mahmud al-‘Azawi, Kulliyyah al-Tarbiyyah Universiti Baghdad pada tahun 2004 dengan tajuk  Khutabu al-Rasul al-Karim Muhammad SAW: Dirasah Tausiqyyah Tahliliyyah. Begitu juga, seorang pelajar bernama Abdul Mallik bin Salim al-Siyabi pada tahun 1420 H telah mengemukakan tesis Masternya di Universiti Urdun dengan tajuk Khutab al-Nabi SAW Jam’un wa Dirasah

Justeru, saya katakan bahawa ia diberi kecaknaan oleh para ulama sejak dahulu lagi. Saya nukilkan yang disebut oleh sebahagian kitab sirah dan tarikh khutbah yang hampir sempurna bagi Nabi SAW dengan sanad-sanad yang diihtimal sebagai hasan pada maqam ini. Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabari dalam Tarikh wa Rusul wa Muluk, 2/394-396 dengan sanadnya berkenaan khutbah Nabi SAW pada awal Jumuah yang Nabi SAW solat di Madinah di perkampungan Bani Salim bin ‘Amr bin Auf RA. Antara lain ucapan Nabi SAW:

الْحَمْدُ لِلَّهِ أَحْمَدُهُ، وَأَسْتَعِينُهُ، وَأَسْتَغْفِرُهُ وَأَسْتَهْدِيهِ، وَأُومِنُ بِهِ وَلَا أَكْفُرُهُ، وَأُعَادِي مَنْ يَكْفُرُهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ  وَرَسُولُهُ أَرْسَلَهُ بِالْهُدَى، وَالنُّورِ، وَالْمَوْعِظَةِ عَلَى فَتْرَةٍ مِنَ الرُّسُلِ، وَقِلَّةٍ مِنَ الْعِلْمِ، وَضَلَالَةٍ مِنَ النَّاسِ، وَانْقِطَاعٍ مِنَ الزَّمَانِ، وَدُنُوٍّ مِنَ السَّاعَةِ، وَقُرْبٍ مِنَ الْأَجَلِ، مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى وَفَرَّطَ، وَضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا،

وَأُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ، فَإِنَّهُ خَيْرُ مَا أَوْصَى بِهِ الْمُسْلِمُ الْمُسْلِمَ أَنْ يَحُضَّهُ عَلَى الْآخِرَةِ، وَأَنْ يَأْمُرَهُ بِتَقْوَى اللَّهِ، فَاحْذَرُوا مَا حَذَّرَكُمُ اللَّهُ مِنْ نَفْسِهِ، وَلَا أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ نَصِيحَةً، وَلَا أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ ذِكْرَى، وَإِنَّهُ تَقْوَى لِمَنْ عَمِلَ بِهِ عَلَى وَجِلٍ وَمَخَافَةٍ، وَعَوْنُ صِدْقٍ مَا تَبْتَغُونَ مِنْ أَمْرِ الْآخِرَةِ، وَمَنْ يُصْلِحِ الَّذِي بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ مِنْ أَمْرِ السِّرِّ وَالْعَلَانِيَةِ، لَا يَنْوِي بِذَلِكَ إِلَّا وَجْهَ اللَّهِ، يَكُنْ لَهُ ذِكْرًا فِي عَاجِلِ أَمْرِهِ، وَذُخْرًا فِيمَا بَعْدَ الْمَوْتِ، حِينَ يَفْتَقِرُ الْمَرْءُ إِلَى مَا قَدَّمَ، وَمَا كَانَ مِنْ سِوَى ذَلِكَ، يَوَدُّ لَوْ أَنَّ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ أَمَدًا بَعِيدًا وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَاللَّهُ رَءُؤُفٌ بِالْعِبَادِ. 

وَالَّذِي صَدَقَ قَوْلُهُ، وَأَنْجَزَ وَعْدَهُ، لَا خُلْفَ لِذَلِكَ، فَإِنَّهُ يَقُولُ تَعَالَى: {مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَا أَنَا بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ} [ق: ٢٩] . وَاتَّقُوا اللَّهَ فِي عَاجِلِ أَمْرِكُمْ وَآجِلِهِ، فِي السِّرِّ وَالْعَلَانِيَةِ، فَإِنَّهُ مَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ، وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا، وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا، وَإِنَّ تَقْوَى اللَّهِ تُوقِّي مَقْتَهُ، وَتُوقِّي عُقُوبَتَهُ، وَتُوقِّي سَخَطَهُ، وَإِنَّ تَقْوَى اللَّهِ تُبَيِّضُ الْوَجْهَ، وَتُرْضِي الرَّبَّ، وَتَرْفَعُ الدَّرَجَةَ، خُذُوا بِحَظِّكُمْ، وَلَا تُفَرِّطُوا فِي جَنْبِ اللَّهِ، قَدْ عَلَّمَكُمُ اللَّهُ كِتَابَهُ، وَنَهَجَ لَكُمْ سَبِيلَهُ; لِيَعْلَمَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلِيَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ، 

فَأَحْسِنُوا كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ، وَعَادُوا أَعْدَاءَهُ، وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ، هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَسَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ، لِيَهْلِكَ مَنْ هَلَكَ عَنْ بَيِّنَةٍ، وَيَحْيَا مَنْ حَيَّ عَنْ بَيِّنَةٍ، وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، فَأَكْثِرُوا ذِكْرَ اللَّهِ وَاعْمَلُوا لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ، فَإِنَّهُ مَنْ أَصْلَحَ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ، يَكْفِهِ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّاسِ، ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ يَقْضِي عَلَى النَّاسِ وَلَا يَقْضُونَ عَلَيْهِ، وَيَمْلِكُ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَمْلِكُونَ مِنْهُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Saya ringkaskan intipatinya, antara lain:

  • Pujian kepada Allah SWT, syahadah, dan muqadimah khutbah.
  • Pesanan bertaqwa dan huraiannya.
  • Menyebut nas al-Quran dari surah Qaf ayat 29.
  • Kelebihan taqwa dapat menghindar kemurkaan Tuhan, balasan buruk azab-Nya dan taqwa boleh mencahayakan wajah, mendapat keredhaan Allah SWT dan mengangkat darjat.
  • Jangan lupa kehidupan di dunia untuk akhirat.
  • Allah SWT memilih kamu dan menamakan kamu sebagai Muslim.
  • Jihadlah pada Allah SWT dengan sebenar-benar jihad.
  • Perintah membanyakkan zikrullah.
  • Beramallah untuk bekalan selepas mati.
  • Siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT maka dicukupkan dari manusia.

Itulah sebahagian secara ringkas, ucapan Rasulullah SAW yang juga telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, 2/523-525 dengan sanad yang lain.

Ibn Kathir berkata jalan ini juga mursal kecuali ada penguat sebelumnya, sekali pun berlainan lafaz. (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah,  3/20). Justeru, cukuplah jawapan yang saya berikan ini dan sila rujuklah kepada kitab-kitab yang kami nyatakan untuk mengetahui tentang khutbah Nabi SAW.

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita untuk mengikuti sunnah Nabi SAW dengan sebaik-baiknya. Amin.

Bertarikh: 23 Mei 2023 bersamaan 3 Zulkaedah 1444H