#1904: Baju Printed Gambar Masjid

Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Apa pandangan Dato’ Seri tentang baju printed gambar  masjid? Apatah lagi diberi nama-nama seperti cahaya Qiblatain dan Palestina. Saya berasa sangat tidak selesa dan ralat dengan perkara ini.

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.co.id%2Fproducts%2Fkaos-anak-masjid-al-aqsa-palestine-jerusalem-baju-dakwah-islami-muslim-anak-usia-0-10-tahun-laki-laki-dan-perempuan-an-k548-i7231536875.html&psig=AOvVaw0mMarxcKkRAi4ABVpwWNWq&ust=1686712815378000&source=images&cd=vfe&ved=0CBEQjRxqFwoTCJiggYSlv_8CFQAAAAAdAAAAABAJ 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda SAW, para sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW sehingga Hari Kiamat.

Berdasarkan gambar yang ditunjukkan saya berpandangan bahawa hal ini berdasarkan kepada nawaitu dan niat. Di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab, Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى

Maksudnya: “Setiap amalan itu dinilai berdasarkan niat. Setiap orang akan dibalas bedasarkan niatnya.”

Riwayat al-Bukhari (1) dan Muslim (1907)

Imam Nawawi di dalam syarahnya menyatakan bahawa hadis di atas mempunyai pelbagai faedah seperti yang dinyatakan Imam al-Syafi’e dan para fuqaha’ yang lain, mereka berpendapat hadis ini merupakan satu per tiga daripada Agama Islam. Imam al-Syafi’e menyatakan terdapat lebih kurang tujuh puluh perbahasan ilmu fiqh di dalamnya. (Lihat Syarah al-Nawawi ala Muslim, 13/53)

Dengan berdasarkan hadis di atas, terdapat pelbagai kaedah fiqh yang berkaitan dengannya. Imam Taqiyuddin al-Subki menukilkan di dalam kitabnya satu kaedah:

الْأُمُورُ بِمَقَاصِدِهَا

Maksudnya: “Setiap perkara bergantung kepada niatnya.” (Lihat al-Ashbah wa al-Nazair oleh Subki, 1/54)

Oleh itu, niat dan tujuan perbuatan seseorang itu akan menunjukkan kepada hukum syariat sama ada halal atau haram perbuatannya. Sekiranya sesuatu perbuatan itu bertujuan kepada kebaikan maka halal perbuatannya itu.

Secara peribadi saya berpendapat maksud baginya cahaya qiblatain bagi menggambarkan kiblat yang pertama bagi umat Islam ialah Baitul Maqdis dan akhirnya ditukar kepada Masjid Kaabah atau Baitullah di Makkah. Juga boleh jadi memberi semangat kepada umat Islam untuk sentiasa mengingati baitul Maqdis agar ia menjadi milik kita semula pada satu hari nanti. 

Jika ini yang dimaksudkan maka ia merupakan sebuah perjuangan secara tidak langsung melalui penjualan baju tersebut. Wallahu a’lam.

Bertarikh: 23 Jun 2023 bersamaan 4 Zulhijjah 1444 H