#2164: Syarahan Ringkas Ayat 250 Surah al-Baqarah

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh tafsirkan kepada kami maksud yang sebenar ayat 250 daripada surah al-Baqarah?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

وَلَمَّا بَرَزُوا لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُوا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: “Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

Surah al-Baqarah (250)

Doa ini merupakan doa yang diungkapkan oleh Talut dan golongan yang beriman ketika menentang bala tentera Jalut. Syeikh al-Maraghi dalam tafsimya menyebut, ketika Talut dan golongan beriman yang bersamanya melihat musuhnya dalam jumlah yang besar, mereka pun berlindung kepada Allah SWT. Mereka lalu berdoa memohon supaya hati mereka dipenuhi kesabaran, ketabahan, manakala langkah mereka diteguhkan untuk berperang serta ditanamkan perasaan penuh kepercayaan dan ketenangan.

Hakikatnya mereka ini memerhatikan tertib sifat alam semasa berdoa, sesuai dengan cara untuk memperoleh kemenangan. Ini kerana, kesabaran menjadi faktor keteguhan dan keteguhan pula menjadi faktor kemenangan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/554)

Al-Syaukani berkata: Disebut dalam al-Kassyaf. “Hakikat أَوْزِعْنِي adalah, jadikanlah aku dapat mengatur kesyukuran atas nikmat-Mu kepadaku, mempertahankan dan mengikatnya agar tidak lagi lepas dariku, sehingga menjadikan aku selalu bersyukur kepada-Mu.”

Al-Wahidi berkata: ‘أَوْزِعْنِي’ maksudnya iaitu ilhamkanlah aku agar mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku.” Al-Qurtubi berkata: Asal perkataan tersebut daripada وَزَعَ (mencegah), jadi seakan-akan dia berkata: Cegahlah aku daripada perkara-perkara yang menimbulkan kemurkaan-Mu. (Lihat Fath al-Qadir, 8/286)

Sayyid Qutb dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Doa Nabi Sulaiman AS ini dimulakan dengan رَبِّ (“Wahai Tuhanku!). Di sini beliau menggunakan kata-kata seruan dari dekat dan secara langsung. Kemudian beliau memohon dengan ‘أَوْزِعْنِي’ (Ilhamkanlah aku) atau tumpahkan diriku yakni kumpulkan seluruh diriku dan anggotaku, perasaanku, lidahku, hatiku, fikiranku, perkataanku, susunan perkataanku, amalanku dan tujuanku. Begitu juga seluruh daya tenagaku supaya seluruhnya ditumpukan agar tetap bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua- dua ibubapaku.”

Ungkapan ini membayangkan nikmat Allah yang telah mengharukan hati Nabi Sulaiman AS pada saat itu dan menggambarkan bentuk perasaan keterharuan, kekuatan tawajjuh dan rasa hatinya yang bergelora ketika beliau menyedari nikmat Allah dan limpah kurniaan kepadanya dan kepada kedua ibubapanya. Beliau mengalami nikmat dan rahmat Allah itu dengan penuh perasaan lalu memohon seperti doa di atas. (Lihat Tafsir Fi Zilal al-Quran, 12/155)

Semoga Allah SWT menjadikan kita sentiasa sabar dan tetap denagn agama Islam hingga ke akhir hayat kita. Maka, sekali lagi kami akhiri dengan doa tersebut:

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

Bertarikh: 10 Julai 2023 bersamaan 21 Zulhijjah 1444 H