#2285: Resolusi Azhar Berkenaan Baitul Maqdis

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Dengan perkembangan mutakhir ini, pihak zionis sentiasa menyerang dan menindas penduduk Palestin. Persoalannya, apakah mawaqif al-Azhar dan adakah terdapat resolusi untuk perkara ini?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah al-Isra’ (1)

Alhamdulillah, pada 16 Januari 2018, kami telah dijemput oleh Imam Akbar, Syeikhul Azhar untuk menghadiri persidangan untuk menyokong Baitul Maqdis anjuran Universiti al-Azhar. Kami merasa terharu tatkala sokongan dan dokongan staf PMWP dan rakan-rakan jelas menunjukkan kebersamaan kami dalam banyak isu.

Syeikhul Azhar, al-Ustaz Kabir Fadhilatul Imam al-Akbar Prof Dr Syeikh Ahmad Tayyib turut memanggil dan menjemput para ulama’ sedunia untuk menghadiri seminar ini. la amat bermakna dan bersejarah. Kehadiran ulama’ dan umara’ jelas menggambarkan keseriusan masalah ini.

Resolusi Muktamar

Alhamdulillah, dalam persidangan selama dua hari iaitu 17 dan 18 haribulan Januari, perbincangan yang cukup rancak dan pada akhirnya satu rumusan dan resolusi telah dikemukakan. Kami nyatakan di sini nas bayan khitami dan tausiyah atau resolusi bagi muktamar Azhar dalam menyokong Baitul Maqdis. Kami ringkaskan sebahagian daripada maksud resolusi tersebut:

Dengan penuh keimanan yang kembali kepada fikrah dan ruhi yang dipelihara oleh al-Azhar al-Syarif di dunia ini sama ada negeri Arab atau Islam. Begitu juga dengan perasaan kepercayaan, tsiqah dan penghargaan kepada masyarakat Nasara bahkan semua yang merdeka di dunia ini serta cendekiawan yang benar. atas asas Begitu juga daripada rasa kebertanggungjawaban sama ada sudut agamanya atau insani dan kemanusiaan yang dipikulnya. Begitu juga amanah yang dijunjung pada bahunya sejak sebelas kurun yang lalu daripada tarikh penubuhan al-Azhar dengan penuh kemuliaan dan prinsip.

Makanya, al-Azhar al-Syarif dengan kerjasama Majlis Hukama’ al-Muslimin dan di bawah ri’ayah al-Sayyid al-Ra’is Abdul Fattah al-Sisi, Presiden Republik Mesir dan kehadiran Presiden Mahmoud Abbas, Presiden Negara Palestin yang telah berlangsung Muktamar al-Azhar al-‘Alami li Nusrati a Quds bertempat di Markaz al-Azhar li al-Mu’tamarat di ib negara Mesir iaitu Kaherah.

Yang demikian itu dengan dapatan kajian dan perbahasan dari tokoh-tokoh pemikir, agamawan, ahli politik dan mereka yang cintakan salam (kedamaian) yang mewakili 86 buah negara dari pelbagai benua untuk mengkaji sebarang bentuk dan uslub yang baru bagi memenangkan gambaran hakikat, pengenalan Baitul Maqdis dan kemuliaannya untuk rakyat Palestin dengan memelihara negeri mereka di samping menjaga keaslian Baitul Maqdis sebagai bumi Arab dan pengenalan ruhiyyahnya. Begitu juga dengan sifat rakus zionis yang sentiasa mencabar resolusi dunia sehingga menjadikan perasaan ummah sedunia amat terpukul lebih-lebih lagi kepada empat billion umat Islam dan Nasara. ini bertujuan untuk menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk resolusi pentadbiran Amerika Syarikat yang memberi hak penjajahan kepada Zionis yang merampas tanah Palestin. Selama dua hari bermula daripada 29 Rabi’ al-Akhir dan 1 Jamadil Awwal tahun 1439 Hijrah bersamaan 17-18 Januari 2018 Masihi dan selepas beberapa perbincangan dan perbahasan di samping bengkel yang diadakan makanya sepakat mereka semua untuk mengeluarkan kenyataan bersama iaitu l’lan al-Azhar al-Alami li Nusrati al-Quds yang mengandungi resolusi seperti berikut:

Syeikhul Azhar, Fadhilatu Imam al-Akbar Professor Doktor Ahmad Tayyib, dalam seruan Azhar ke seluruh dunia untuk membantu dan memenangkan al-Quds antara lain menyebut: “Al-Quds atau Baitul Maqdis merupakan ibu negara yang kekal untuk negara Palestin yang merdeka yang wajib diusahakan dengan bersungguh untuk diiklankannya secara rasmi dan diiktiraf oleh antarabangsa.”

  • Sifat Baitul Maqdis sebagai milik Arab adalah perkara yang tidak mungkin dibuat main atau diubah bahkan ia thabit kekal berdasarkan sejarah sejak ribuan tahun.
  • Membantah dengan tegas sebarang bentuk resolusi yang terakhir dilakukan oleh Amerika Syarikat di mana ia tidak sepatutnya bagi negeri Arab dan Islam serta bumi yang merdeka. Walaupun resolusi ini ditulis dengan dakwat atas kertas maka ianya tetap ditolak kerana ia bercanggah dengan kebenaran sejarah, qanun dan akhlak yang menjadi kelaziman pihak Zionis. 
  • Muktamar juga menggesa dengan tegasnya bahawa resolusi Amerika ini jika dibiarkan dan tidak ditarik dengan segera akan dibimbangi boleh melahirkan sifat ekstrim yang melampau yang akan merebak ke seluruh dunia. 
  • Muktamar memberi sokongan dan dokongan yang padu kepada rakyat Palestin sebagai pahlawan dan meneruskan kebangkitan intifadahnya dalam menghadapi sebarang bentuk resolusi yang zalim dengan hak isu Palestin, Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa. 
  • Muktamar menyeru seluruh kerajaan Islam dan juga Jami’ah negara Arab dan badan Ta’awun Islami, PBB dan juga badan masyarakat antarabangsa untuk segera bergerak dengan bersungguh-sungguh bagi menghentikan pelaksanaan resolusi pentabiran Amerika dengan membentuk pendapat umum yang bersifat antarabangsa menentang sekeras-kerasnya polisi dan siyasah yang zalim yang bersifat menentang hak-hak dan kebebasan insani. Muktamar merasa izzah dan bersemangat dengan gelombang kekuatan yang dilakukan oleh penduduk Arab dan Islam dan juga masyarakat dunia.
  • Muktamar menyokong penuh semangat dan inspirasi al-Azhar untuk meletakkan satu muqarrar atau silibus khusus berkaitan dengan Baitul Maqdis yang akan diajar di seluruh Ma’had Azhar dan Universiti Azhar. Ini bertujuan memberi kefahaman yang mendalam kepada lubuk hari mereka. Begitu juga seruan ini ditujukan kepada semua institusi pendidikan di negara Arab dan Islam supaya dilaksanakan dengan segera. . Muktamar menggesa semua badan dan NGO antarabangsa dan menyerunya untuk memelihara sebarang bentuk undang-undang bagi Baitul Maqdis dan membenarkan pengenalannya yang tersendiri. menggesa cendekiawan dan ahli 
  • Muktamar bijaksana di kalangan masyarakat Yahudi sendiri untuk mengambil iktibar dari segi sejarahnya yang menyaksikan atas penindasan yang dikenakan ke atas mereka pada setiap tempat yang mereka duduki. Ini berlainan dengan apa yang mereka perolehi di bawah bayangan hadharah muslimin dengan cukup aman. dibentuk lajnah 
  • Muktamar menggesa agar bersekutu terdiri daripada tokoh-tokoh syakhsiah yang berwibawa dan juga badan-badan NGO untuk melaksanakan resolusi dalam bentuk realiti dan berterusan menyokong isu Palestin khususnya isu Baitul Maqdis.
  • Muktamar mengambil kecaknaan dan menyokong penuh cadangan al-Azhar daripada Syeikhul Azhar sendiri untuk menjadikan tahun 2018 sebagai tahun Baitul Maqdis yang mulia. Dengan itu, menggesa semua yang terbabit untuk merealisasikannya dengan segera dalam memberi perkhidmatan dan usaha yang penuh untuk memenangkan isu Baitul Maqdis ini.

Bagi bumi Quds, ada Tuhan yang memeliharanya dan menolong serta membantunya dan insha Allah pasti dibantunya.

والسّلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Bertarikh 28 Jamadil Awwal 1439 Hijrah bersamaan 18 Januari 2018

Al-Imam al-Akbar Professor Doktor Ahmad Tayyib Syeikhul Azhar dan Presiden Majlis Hukama’ Muslimin. (Lihat  Baitul Maqdis Bumi Berkat: Resolusi al-Azhar, hlm. 118-124)

Demikianlah resolusi muktamar dan terlalu banyak fatwa ulama berkenaan dengan isu Baitul Maqdis dan Palestin ini, antaranya Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi, Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf, Syeikh Muhammad Ma’mun al-Syinawi, Syeikh Abdul Halim mahmud dan lain-lain lagi. 

Marilah sama-sama kita akhiri dengan berdoa:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لَنَا شَأْنَنَا كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنَا إِلَى أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْنٍ

Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmat-Mu kami memohon pertolongan, perbaikilah urusan kami semuanya dan janganlah Engkau serahkan kami kepada diri kami walau sekelip mata.”

Bertarikh: 13 Julai 2023 bersamaan 24 Zulhijjah 1444 H