#2289: Wudhuk Yang Batal Ketika Mandi Janabah

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Ketika saya mandi janabah terlebih dahulu saya mengambil wuduk kemudian mandi. Semasa mandi, wudhuk saya terbatal dengan terkentut. Adakah saya perlu mengulangi wudhuk sekali lagi?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ 

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.

Surah al-Nisa’ (43)

Dalam menjawab persoalan di atas, jika sekiranya anda telah mengumumkan basuhan dan mandian seluruh jasad kamu dengan air selepas keluarnya angin, maka memadai bagi kamu daripada wudhuk. Ini kerana mandi lebih umum yang merangkumi anggota-anggota wudhuk. Tetapi jika kamu mahu mengulangi wudhuk atas jalan ihtiyat. Maka tidak mengapa. (Lihat Mausu’ah fatawa al-Mughtaribin, 6/130)

Marilah sama-sama kitaberdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan kita menjadi hamba-hamba-Nya yang soleh yang sentiasa mematuhi titah-perintah-Nya. Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” 

Surah al-Kahfi (10)

Bertarikh: 13 Julai 2023 bersamaan 24 Zulhijjah 1444 H