#2340: Kenapa Haram Menggunakan Ibu Tumpang untuk Anak?

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Kenapa haram menggunakan ibu tumpang (Surrogate Motherhood) untuk melahirkan anak?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Isu seperti ini telah kami jawab berkenaan dengan hukumnya. Sila rujuk kepada Ahkam Syar’iyyah Siri #526 Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood).

Takrif

Dengan berkembangnya teknologi di dunia perubatan, pasangan suami isteri dapat memiliki bayi melalui janin orang lain. Kaedah ini juga dikenal sebagai surrogate mother atau ibu pengganti. Meskipun begitu, masih banyak orang yang belum sepenuhnya memahami cara kerja kaedah surrogate mother ini.

Istilah surrogate mother bukanlah hal yang baru. Seorang ibu pengganti atau lebih dikenal sebagai “surrogate mother” adalah istilah yang digunakan untuk merujuk pada wanita lain yang meminjamkan rahimnya untuk membantu pasangan memiliki anak.

Ibu pengganti akan hamil melalui inseminasi buatan menggunakan sperma ayah. Selain itu, ia juga dapat hamil dengan menempatkan sel telur ibu kandungnya dan sperma bapa di dalam rahimnya. Proses ini disebut “fertilisasi in vitro” (IVF).

Setelah hamil, ibu pengganti akan membawa bayi dalam kandungan sampai lahir. Dengan meluncurkan WebMD, tidak ada hubungan genetik antara ibu pengganti dan anak kerana telur yang digunakan bukan miliknya.

Kaedah ini sering digunakan untuk orang yang mengalami kesulitan hamil kerana alasan tertentu, seperti masalah rahim, histerektomi untuk mengangkat rahim, dan keadaan lain seperti penyakit jantung.

Sebenarnya kaedah tabung uji adalah lebih baik dan kami telah terangkan beberapa kali dalam isu ini. Adapun dengan mengambil mani suami dan isteri, kemudian diletakkan pada rahim wanita yang lain untuk disewa atau diminta pertolongan darinya, maka para ulama menyatakan tidak dibolehkan sama sekali. 

Ini kerana, ia sudah tentu akan menimbulkan pelbagai konflik di kemudian hari, bahkan emosi yang menanggung anak itu sendiri, atau hamilkan anak tersebut akan terikat kuat dengan anak tersebut. Di sini juga akan memberi ruang dan peluang dengan sewenang-wenangnya berlaku perzinaan atau seumpamanya. Maka sewajarnya suami isteri tidak memilih cara seperti itu.

Akhbar pernah melaporkan di mana sepasang suami isteri Asia telah melancarkan perjuangan undang-undang untuk mendapatkan hak penjagaan anak kembar mereka sendiri – selepas seorang ibu tumpang kulit putih enggan menyerahkan mereka ketika mereka dilahirkan.

Kembar itu dicipta daripada embrio yang terdiri daripada sperma lelaki dan telur isterinya, yang kemudiannya ditanam ke dalam ibu tumpang. Tetapi apabila hubungan ketiga-tiganya terputus dalam beberapa bulan pertama kehamilan, ibu tumpang memutuskan untuk menjaga bayi-bayi itu.

Walaupun dia tidak mempunyai hubungan biologi dengan anak-anak, dia dianggap dalam undang-undang sebagai ibu mereka kerana dia mengandung dan melahirkan mereka. Ia dianggap sebagai kali pertama ibu tumpang, tanpa kaitan genetik dengan kanak-kanak itu, dan berkeras untuk menjaga bayi.

Di sini kami katakan, nisbah anak adakah kepada ibu mani tersebut atau ibu yang mengandungnya. Ini juga akan menjadi konflik. Kaedah menyebut:

نَحْنُ نَحْكُمُ بِالظَّاهِرِ، وَاللهُ يَتَوَلَّى السَّرَائِرَ

Maksudnya:Kita berhukum dengan apa yang zahir dan Allah yang akan menguruskan apa yang tersembunyi.” (Lihat al-Tafsir al-Munir, 9/324)

Sudah menjadi kelaziman seseorang apabila dia mengandungkan anak, perasaannya cukup hampir, sementalahan selepas itu, dia menyusukan anak dan dia terpaksa berhempas pulas selama hampir 10 bulan. Walaupun ia dibayar, tetapi akibat risiko dan perjuangan yang dihadapinya itu tidak mungkin boleh dijual beli. Dengan sebab itulah, Islam tidak membenarkan berkenaan dengan ibu tumpang untuk menjadi alternatif dalam mendapatkan zuriat.

Semoga pencerahan seperti ini memberi kepada kita kebaikan. Amin. 

Bertarikh: 20 Julai 2023 bersamaan 1 Muharram 1445 H