Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Boleh ustaz terangkan kenapa Nabi Ibrahim A.S digelar Khalilullah?
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Firman Allah SWT:
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: “Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.”
Surah al-Nahl (123)
Ketika ditanya Nabi Ibrahim AS digelar sebagai Khailullah: “Mengapa Allah SWT menjadikanmu Khalilullah (kekasih Allah)?” Beliau menjawab:
Pertama, tiada aku disuruh memilih dua perkara kecuali aku pilih untuk Allah SWT daripada yang lainnya.
Kedua, aku tidak pernah risau terhadap rezekiku yang dijamin oleh Allah SWT
Ketiga, tidak pernah makan sama ada waktu siang atau malam kecuali bersama tetamu. (Lihat Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf, hlm. 64-65)
Kami akhiri dengan ikrar dan doa:
أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: “Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan perwatakan Islam, berpegang kepada kalimah ikhlas (kalimah syahadah), dan berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad SAW yang juga agama ayah kami Ibrahim, yang berada di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong dari kalangan orang-orang musyrik.”
Riwayat Ahmad (15360), (15363); al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (9831) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (293)
Bertarikh: 14 Ogos 2023 bersamaan 28 Muharram 1445 H