Soalan:
Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Saya ingin bertanya apakah hukum aktiviti paragliding jika peserta wanita dan control pilot lelaki? Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Paragliding ialah sukan pengembaraan rekreasi dan kompetitif paraglider terbang. Pesawat glider yang ringan, terbang bebas, dilancarkan dengan kaki tanpa struktur utama yang tegar.
Juruterbang duduk dalam abah-abah atau berbaring meniarap dalam ‘pod’ seperti kepompong yang digantung di bawah sayap kain. Bentuk sayap dikekalkan oleh garisan suspensi, tekanan udara yang memasuki lubang di hadapan sayap, dan daya aerodinamik udara yang mengalir di luar.
Walaupun tidak menggunakan enjin, penerbangan paraglider boleh bertahan berjam-jam dan menempuh beratus-ratus kilometer, walaupun penerbangan satu hingga lima jam dan menempuh beberapa puluh kilometer adalah perkara biasa. Dengan eksploitasi sumber lif yang mahir, juruterbang mungkin untuk terbang lebih tinggi, selalunya mendaki ke ketinggian beberapa ribu meter.
Untuk membolehkan seseorang terbang dan paraglide sendiri, dia perlu tahu bagaimana untuk membaca corak cuaca dan aas fizik untuk terbang dengan selamat. Ini menjadikannya perlu untuk menjalani latihan dan mengambil pelajaran dari sekolah paragliding yang diperakui.
https://www.flyingmammut.com/wp-content/uploads/2017/08/tandem-paragliding-bulgaria-sofia-1.jpg
Bagi orang awam, dia boleh untuk terbang dengan melakukan penerbangan tandem dengan pengajar yang berpengalaman dan berkelayakan. Juruterbang pengajar boleh terbang dengan seorang penumpang menggunakan sayap tandem yang lebih besar yang direka untuk membawa dua orang dengan penumpang diikat dalam abah-abah berasingan di hadapan juruterbang.
Dalam menjawab persoalan di atas, sewajarnya jurulatih atau pengajar perempuan yang berpengalaman melatih wanita. Inilah yang sebaik-baiknya. Akan tetapi, jika keperluan untuk mengajar yang tiada padanya perempuan yang mahir sebagai jurulatih maka ketika itu, keharusan jika hal ini penting dalam ciri keselamatan negara terutamanya bagi parachute atau ahli payung terjun.
Jika sekiranya dibenarkan maka sepatutnya diwujudkan dawabit atau garis panduan:
- Pakaian yang sopan dan menutup aurat
- Elakkan pertempuhan antara lelaki dan perempuan
- Lakukanlah dengan profesional
- Hormatilah hak-hak jantina lelaki dan perempuan
Itu sebahagian yang dapat kami nyatakan dan mungkin di sana boleh diubah atau penambahan ke arah yang jauh lebih baik. Kita menginsafi bahawa keperluan untuk buat persiapan dan bersiap siaga dalam mempertahankan benteng negara termasuklah pasukan parachute yang perlu dengan skil dan kemahiran yang tinggi.
Benarlah firman Allah SWT:
أَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ
Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu,”
(Surah al-Anfal: 60)
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنَا، وَأَعِذْنَا مِنْ شَرِّ أَنْفُسِنَا
Maksudnya: “Wahai Allah! Ilhamkanlah kepada kami kecerdasan dan petunjuk serta lindungilah kami daripada kejahatan nafsu kami.”
Wallahu a’lam
Bertarikh: 1 September 2023 bersamaan 15 Safar 1445 H