#3079: Abdullah bin Surya; Pendeta Yahudi

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Benarkah Abdullah bin Surya mengiktiraf kenabian Nabi Muhammad SAW?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Seperti mana yang kita maklum, ramai pendeta Yahudi telah mengkaji tentang Rasulullah SAW. Sebahagian daripada mereka akhirnya memeluk Islam seperti Abdullah bin Slaam dalam kisahnya yang masyhur ketika mana Rasulullah SAW berhijrah ke kota Madinah. Beliau sendiri telah melihat secara dekat Rasulullah SAW serta mengakui kerasulannya.

Salah seorang daripada mereka yang juga pendeta ialah ‘Abdullah bin Surya, seorang ulama’ Yahudi mengi’tiraf kenabian Muhammad. Hal ini berdasarkan hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : أَتَى رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدَارِسَ – مَوْضِعٌ يَجْلِسُ فِيهِ أَهْلُ الْكِتَابِ مِنَ الْيَهُودِ لِلدِّرَاسَةِ وَالْقِرَاءَةِ – فَقَالَ : ( أَخْرِجُوا إِلَيَّ أَعْلَمَكُمْ . فَقَالُوا . عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صُوريًا . فَحَلاً بِهِ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . ، فَنَاشَدَهُ بِدِيْنِهِ وَبِمَا أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَأَطْعَمَهُمْ مِنَ الْمَنِّ وَالسَّلْوَى وَظَلَّلَهُمْ بِهِ مِنَ الْغَمَامِ : ( أَتَعْلَمُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ ؟ ( قَالَ : اللَّهُمَّ نَعَمْ ، وَإِنَّ الْقَوْمَ لَيَعْرِفُوْنَ مَا أَعْرَفُ ، وَإِنَّ صِفَتَكَ وَنَعْتَكَ لَمُبِينٌ فِي التَّوْرَاةِ ، وَلِكِنَّهُمْ حَسَدُوكَ . قَالَ : ( فَمَا يَمْنَعُكَ أَنْتَ ؟ ) قَالَ : أَكْرَهُ خِلَافَ قَوْمِي ، وَعَسَى أَنْ يَتَّبِعُوكَ وَيُسَلِّمُوا فَأُسْلِمُ .

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah katanya, “Rasulullah mengunjungi pusat pengajian para ahli kitab Yahudi dan bersabda, kemukakanlah orang yang paling ‘alim dalam kalangan kamu kepadaku. Mereka berkata, ‘Abdullah bin Suriya. Rasulullah pun duduk bersama-samanya lalu menceritakan kisah agamanya, segala nikmat Allah kepada bangsa Yahudi, makanan berupa manisan manna dan burung salwa serta awan yang tebal yang menaungi mereka. Nabi bertanya, “Adakah engkau tahu bahawa aku ini Rasulullah?” Dia juga Yahudi kaum “Ya, menjawab, engkau sifat-sifat Sesungguhnya mengetahuinya. disebutkan dengan jelas di dalam kitab Taurat tetapi mereka dengki kepadamu.” Nabi bertanya lagi, “Apakah pula yang menghalang kamu daripada beriman?” Jawabnya, “Aku tidak mahu bertelagah dengan kaumku, moga-moga mereka mengikut engkau dan masuk Islam, barulah aku pula masuk Islam.”

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa. (Lihat Mazahib Ahl al-Sunnah oleh Ibn Syahin, no. 38, hlm 40;  Tafsir Ibn Kathir, 3/75)

Bertarikh: 15 September 2023 bersamaan 29 Safar 1445