#3086: Sedekah Hasil Pendapatan Dari GIGAMAX

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Apakah hukum menggunakan wang hasil pelaburan Gigamax untuk bersedekah?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Definisi GIGAMAX

Gigamax merupakan platform perdagangan bot kripto yang menggunakan salah satu tools yang terkenal iaitu arbitrage trading (Lihat MYPT3)[1].

Berkaitan isu ini, kami telah jawab dalam artikel sebelum ini:

#1757: Mencuri untuk Bersedekah dan Melakukan Kebaikan[2]

Berbalik kepada soalan di atas, kami nyatakan sebelum ini, telah jelaskan berkenaan hukum Gigamax. Oleh itu, sekiranya Gigamax ini tidak mempunyai unsur seperti riba, judi, gharar, perkara yang tidak patuh syariat, maka sunat hukumnya untuk bersedekah. Namun, sekiranya hasil dari Gigamax didapati haram, maka kita tidak boleh melakukan amalan ibadah dengan jalan-jalan yang haram, kerana ia bertentangan sama sekali. Tujuan yang baik tidak dapat menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Selain itu, dalam melakukan kebaikan juga, hendaklah dilakukan dengan menggunakan cara yang baik juga. Hal ini bertepatan dengan kaedah mengenai tujuan (al-maqasid) dan kaedah untuk mencapainya (wasilah), yang menyebut:

الوَسَائِلُ لَهَا أَحْكَام الْمَقَاصِد

Maksudnya: “Wasilah-wasilah itu mengambil hukum-hakam maqasid.”

Maka ini membawa erti, suatu wasilah yang membawa kepada perkara-perkara yang diperintahkan maka ia juga dalam masa yang sama turut diperintahkan. Manakala wasilah yang membawa kepada perkara-perkara yang dilarang, ia juga turut dilarang.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ ، وَالأَهْوَاءِ ، وَالأَسْوَاءِ  وَالأَدْوَاءِ

Maksudnya:  “Ya Allah, jauhkanlah kami daripada akhlak yang mungkar, hawa nafsu, juga dari segala keburukan serta dari penyakit-penyakit yang membawa kepada kebinasaan.”

[1] https://mypt3.com/trading-forex-malaysia#:~:text=Gigamax%20merupakan%20platform%20perdagangan%20bot,yang%20terkenal%20iaitu%20arbitrage%20trading.

 [2] https://maktabahalbakri.com/1757-mencuri-untuk-bersedekah-dan-melakukan-kebaikan/

Bertarikh: 18 September 2023 bersamaan 3 Rabiulawwal 1445