Buku Fizikal
RM40.00 Original price was: RM40.00.RM30.00Current price is: RM30.00.
eBahth Ilmi
RM100.00 Original price was: RM100.00.RM60.00Current price is: RM60.00.
Buku Fizikal
eBahth Ilmi
Soalan:
Apakah status puasa orang yang sangat tua yang sekali ingat sekali lupa?
Jawapan:
Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.
Orang seperti ini berhak dan harus baginya berbuka. Ini jika menjadi masyaqqah dan sukar untuk melakukan puasa kerana kelemahannya. Justeru, hendaklah diganti setiap hari dengan memberi makan orang miskin secupak atau senilainya mengikut uruf setempat. Friman Allah SWT:
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ
Maksudnya: Kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”
Surah al-Baqarah (184)
Wajah istidlal di sini seperti kata Ibn Abbas dalam tafsirnya, “Diturunkan rukhsah atau keringanan bagi syeikh yang tua dan perempuan yang tua untuk dia berbuka puasa pada siang hari Ramadhan dengan syarat memberi makan setiap hari yang ditinggalkan kepada orang miskin.” Ini berdasarkan Tafsir al-Qurtubi, 2/288.
Masalah memberi makan tidak mengapa kepada seorang fakir sahaja untuk 30 hari atau dipecahkan kepada beberapa orang fakir. Berkenaan dengan satu cupak atau ¼ gantang, sekarang bolehlah juga dinilai dengan menjamu seseorang makan dengan lauk yang sesuai serta air. Mungkin anggaran semasa dalam keadaan sederhana dan ke arah selesa antara RM10-RM12. Ini jauh lebih baik jika kita boleh sediakan kepada orang fakir kerana mereka terus dapat memakannya dan manfaat ketika itu juga.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah membincangkan isu jumlah nilai fidyah mengikut uruf semasa. Cadangan yang saya kemukakan tadi adalah hampir sama yang dibincangkan.
Semoga Allah SWT memberi kefahaman kepada kita semua. Wallahu a’lam.
Bertarikh: 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444H