#1167: Zakat Dalam Bentuk Beras Atau Tunai

Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Bolehkah zakat fitrah dikeluarkan dengan duit seperti Ringgit Malaysia, sedangkan saya baca kitab fiqh hendaklah dikeluarkan dalam bentuk beras atau makanan asasi sesebuah negeri?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Dalam menjawab persoalan di atas, saya mulakan dengan nas, daripada Abu Sa‘id al-Khudri R.A, katanya: 

كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ

Maksudnya: “Kami mengeluarkan zakat fitrah berupa segantang makanan atau segantang barli atau segantang kurma atau segantang keju atau segantang kismis.”

Riwayat al-Bukhari (1506)

Ini adalah hukum asal tetapi para ulama muta’akhirin telah menqiyaskan kepada qimah atau nilai, bahkan ini telah diamalkan oleh semua Pusat Zakat Malaysia atau Majlis Agama Islam. Walaupun 20 tahun lepas atau lebih, zakat fitrah diberikan dengan beras yang dibawa kepada amil. Taqli ini berdasarkan kepada mazhab Hanafi dan ia amat relevan pada masa kini serta maslahat kepada pemberi zakat dan penerima zakat. 

Mufti Mesir Dr. Syauqi ‘Allam dalam jawapannya berpendapat harus mengeluarkan zakat fitrah dengan mata wang. Ganti daripada gandum atau sya’ir (barli) bagi memberi kemudahan kepada fakir miskin dalam menunaikan hajat mereka. 

Semoga jawapan ini dapat memberi kefahaman kepada kita semua.

Bertarikh: 30 Mac 2023 bersamaan 8 Ramadhan 1444H