#4950: Syarah Sahih al-Bukhari

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh terangkan kepada kami beberapa syarah Sahih al-Bukhari?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Oleh kerana kitab Sahih al-Bukhari merupakan kitab rujukan utama, maka kami dapati, ramai para ulama’ yang memberi perhatian dan kecaknaan yang tinggi terhadap Sahih al-Bukhari. Kami senaraikan antara yang masyhur yang telah mensyarahkan kitab Sahih al-Bukhari, antaranya:

  • Fath al-Bari oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani.
  • Irsyad al-Sari li Syarh Sahih al-Bukhari oleh Imam Syihab al-Din al-Qastallani.
  • ‘Umdah al-Qari oleh Imam Badr al-Din al-‘Ayni.
  • Kanz al-Mutawari fi Ma‘adini Lami‘ al-Darari wa Sahih al-Bukhari oleh Syeikh al-Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi.
  • Syarh Ibn Battal oleh Abu al-Hasan Ali bin Khalaf bin ‘Abd al-Malik.
  • Faydh al-Bari oleh Maulana Anwar Shah al-Kasymiri.
  • Hasyiah al-Saharanfuri oleh al-Muhaddith Ahmad Ali al
  • Hasyiah al-Sindi oleh Abu al-Hasan Muhammad bin ‘Abd al-Hadi al-Sindi.
  • Syarah dan ta‘liq daripada Dr. Mustafa Dib al-Bugha.

Sebenarnya, terdapat beberapa para ulama’ yang lain juga mengkaryanya, seperti al-Karmani dan lain-lain lagi. Semoga Allah SWT merahmati Imam al-Bukhari kerana jasanya yang amat besar kepada Islam. Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.”