#4954: Kisah Permulaan Wahyu Diturunkan

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh jelaskan kepada kami, bagaimana kisah permulaan wahyu diturunkan?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Dalam hal ini, kami nukilkan apa yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari:

Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya: Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah Umm al-Mukminin R.Anha, katanya:

أَنَّ الحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ يَأْتِيكَ الوَحْيُ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الجَرَسِ، وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ، فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ، وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِيَ المَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ». قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا: وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الوَحْيُ فِي اليَوْمِ الشَّدِيدِ البَرْدِ، فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا.

Maksudnya: Bahawa al-Harith bin Hisyam R.A bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu turun kepada engkau?” Maka Rasulullah SAW menjawab: “Kadang-kadang wahyu datang kepadaku seperti bunyi deringan loceng, itulah cara (cara kedatangan wahyu) yang paling berat bagiku, lalu terhenti apabila aku telah memahami (dan menghafaz) apa yang disampaikannya (malaikat), dan kadang-kadang Malaikat datang kepadaku dengan menyerupai seorang lelaki lalu berbicara kepadaku, maka aku memahami apa yang diucapkannya (malaikat).” Aisyah R.Anha berkata: “Sesungguhnya aku pernah melihat Baginda SAW ketika turunnya wahyu di hari yang sangat sejuk, sebaik sahaja selesai kedatangan wahyu tersebut, aku mendapati dahi Baginda SAW dibasahi keringat peluh.”

Riwayat al-Bukhari (2)

Yahya bin Bukair menyampaikan kepada kami, katanya: Al-Laith menyampaikan kepada kami, daripada ‘Uqail, daripada Ibn Syihab, daripada ‘Urwah bin al-Zubair, daripada Aisyah R.Anha bahawasanya beliau berkata:

أَوَّلُ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِي النَّوْمِ، فَكَانَ لاَ يَـرَى رُؤْيَا إِلَّا جَاءَتْ مِثْلَ فَـلَقِ الصُّبْحِ، ثُمَّ حُبِّبَ إِلَيْهِ الخَلاَءُ، وَكَانَ يَخْلُو بِغَارِ حِرَاءٍ فَـيَتَحَنَّثُ فِيهِ – وَهُوَ التَّعَبُّدُ – اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ العَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَـنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ، وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ، ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَـيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا، حَتَّى جَاءَهُ الحَقُّ وَهُوَ فِي غَارِ حِرَاءٍ، فَجَاءَهُ المـَلَكُ فَـقَالَ: اقْـرَأْ، قَالَ: «مَا أَنَا بِقَارِئٍ»، قَالَ: «فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي، فَقَالَ: اقْـرَأْ، قُـلْتُ: مَا أَنَا بِقَارِئٍ، فَأَخَذَنِي فَـغَطَّنِي الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي، فَـقَالَ: اقْرَأْ، فَـقُلْتُ: مَا أَنَا بِقَارِئٍ، فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّالِثَةَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي، فَـقَالَ: {اقْـرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ. اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ}». فَـرَجَعَ بـِهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُفُ فُـؤَادُهُ، فَدَخَلَ عَلَى خَدِيجَةَ بِنْتِ خُوَيْلِدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، فَـقَالَ: «زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي»، فَـزَمَّلُوهُ حَتَّى ذَهَبَ عَنْهُ الرَّوْعُ، فَـقَالَ لِخَدِيجَةَ وَأَخْبَرَهَا الخَبَرَ: «لَقَدْ خَشِيتُ عَلَى نَـفْسِي». فَـقَالَتْ خَدِيجَةُ: كَلَّا وَاللهِ مَا يُخْزِيكَ اللهُ أَبَدًا، إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَحْمِلُ الكَلَّ، وَتَكْسِبُ الـمَعْدُومَ، وَتَـقْرِي الضَّيْفَ، وَتُعِينُ عَلَى نَـوَائِبِ الحَقِّ، فَانْطَلَقَتْ بِهِ خَدِيجَةُ حَتَّى أَتَتْ بِهِ وَرَقَةَ بْنَ نَـوْفَلِ بْنِ أَسَدِ بْنِ عَبْدِ العُزَّى ابْنَ عَمِّ خَدِيجَةَ وَكَانَ امْرَأً تَـنَصَّرَ فِي الجَاهِلِيَّةِ، وَكَانَ يَكْتُبُ الكِتَابَ العِبْرَانِيَّ، فَـيَكْتُبُ مِنَ الإِنْجِيلِ بِالعِبْرَانِيَّةِ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَكْتُبَ، وَكَانَ شَيْخًا كَبِيرًا قَدْ عَمِيَ، فَـقَالَتْ لَهُ خَدِيجَةُ: يَا ابْنَ عَمِّ، اسْمَعْ مِنَ ابْنِ أَخِيكَ، فَـقَالَ لَهُ وَرَقَةُ: يَا ابْنَ أَخِي مَاذَا تَـرَى؟ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَبَرَ مَا رَأَى، فَـقَالَ لَهُ وَرَقَةُ: هَذَا النَّامُوسُ الَّذِي نَـزَّلَ اللهُ عَلَى مُوسَى، يَا لَيْتَنِي فِيهَا جَذَعًا، لَيْتَنِي أَكُونُ حَيًّا إِذْ يُخْرِجُكَ قَـوْمُكَ، فَـقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَوَ مُخْرِجِيَّ هُمْ؟» قَالَ: نَـعَمْ، لَمْ يَأْتِ رَجُلٌ قَطُّ بِمِثْلِ مَا جِئْتَ بِهِ إِلَّا عُودِيَ، وَإِنْ يُدْرِكْنِي يَـوْمُكَ أَنْصُرْكَ نَصْرًا مُؤَزَّرًا. ثُمَّ لَمْ يَنْشَبْ وَرَقَةُ أَنْ تُـوُفِّيَ، وَفَـتَرَ الوَحْيُ.

Maksudnya: “Permulaan wahyu yang datang kepada Rasulullah SAW adalah melalui mimpi yang baik di dalam tidur. Baginda SAW tidak bermimpi melainkan mimpinya muncul seperti cahaya subuh. Kemudian Baginda menjadi suka untuk menyendiri. Baginda SAW suka menyendiri di Gua Hira’. Rasulullah SAW bertahannuth di situ (iaitu beribadah) di malam hari beberapa waktu lamanya, sebelum kembali kepada keluarganya dan mempersiapkan bekalan untuk tujuan yang sama (bertahannuth kembali). Kemudian, Baginda pulang menemui Khadijah R.Anha dan disediakan bekalan seperti sebelumnya (untuk beberapa malam) sehingga datang wahyu kepadanya ketika di Gua Hira’. Malaikat (Jibril A.S) datang kepada Baginda lalu berkata: “Iqra’ (Bacalah).” Nabi SAW menjawab: “Aku tidak pandai membaca.” Lalu Malaikat itu memegang aku lantas memelukku sehingga habis dayaku, kemudian dia melepaskanku dan berkata: “Bacalah!” Baginda menjawab: “Aku tidak pandai membaca.” Lalu Jibril A.S kembali memegangku dan memelukku buat kali kedua sehingga habis dayaku, kemudian ia melepaskanku dan berkata: “Bacalah!” Maka aku berkata: “Aku tidak pandai membaca.” Lalu Jibril kembali memegangku dan memelukku buat kali ketiga kemudian ia melepaskanku dan membaca (Firman Allah SWT): “Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.” [Surah al-‘Alaq : 1-3] Setelah itu, Rasulullah SAW kembali kepada keluarganya membawa wahyu itu dalam keadaan hatinya berdebar-debar. Baginda SAW lalu masuk menemui Khadijah binti Khuwailid R.Anha dan berkata: “Selimutkan aku, selimutkan aku.” Maka, mereka menyelimutkannya sehingga hilang rasa takut Baginda. Rasulullah SAW menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Khadijah R.Anha dan berkata: “Sesungguhnya aku benar-benar bimbangkan diriku.” Khadijah R.Anha berkata: “Demi Allah, sampai bila pun Allah tidak akan menghinamu. Sesungguhnya engkau ialah orang yang selalu menyambung silaturrahim, menanggung beban orang-orang susah, mengusahakan sesuatu untuk orang yang tiada perusahaan, melayani tetamu dan membantu orang yang ditimpa bencana alam.” Khadijah R.Anha pun membawa Nabi SAW bertemu dengan Waraqah bin Naufal bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza iaitu sepupu Khadijah. Beliau menganut agama Nasrani di masa Jahiliyyah, dan telah menulis kitab dalam bahasa Ibrani, dan beliau menulis kitab Injil dalam bahasa Ibrani dengan izin Allah. Saat itu, Waraqah sudah tua dan matanya buta. Khadijah R.Anha berkata kepadanya: “Wahai sepupuku, dengarlah cerita daripada anak saudaramu ini.” Maka Waraqah berkata kepada Baginda SAW: “Wahai anak saudaraku, apakah yang engkau lihat?” Maka Rasulullah SAW menceritakan apa yang dialaminya. Lalu Waraqah berkata kepadanya: “Ini ialah Namus (Jibril A.S) yang pernah diturunkan oleh Allah SWT kepada Musa. Aduhai diriku! Alangkah baik jika ketika dirimu diutuskan sebagai Rasul aku masih muda belia. Aduhai! Seandainya aku masih hidup saat kaummu mengusirmu.” Rasulullah SAW bertanya: “Adakah mereka pasti akan mengusir aku?” Waraqah menjawab: “Ya, kerana tiada seorang pun yang datang membawa wahyu seperti yang engkau bawa ini melainkan dia dimusuhi. Andaikata aku masih hidup pada hari itu, nescaya aku akan menolong engkau dengan sedaya upayaku.” Tidak lama kemudian, Waraqah pun meninggal dunia, lalu penurunan wahyu terhenti buat sementara waktu.

Riwayat al-Bukhari (3)

Jabir bin Abdullah al-Ansari R.A berkata, ketikamana menceritakan mengenai tempoh (terputusnya) wahyu, bahawa Nabi SAW bersabda:

بَيْـنَا أَنَا أَمْشِي إِذْ سَمِعْتُ صَوْتًا مِنَ السَّمَاءِ، فَـرَفَـعْتُ بَصَرِي، فَإِذَا الـمَلَكُ الَّذِي جَاءَنِي بِحِرَاءٍ جَالِسٌ عَلَى كُرْسِيٍّ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ، فَـرُعِبْتُ مِنْهُ، فَـرَجَعْتُ فَـقُلْتُ: زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي». فَأَنْـزَلَ اللهُ تَـعَالَى: {يَا أَيُّهَا الـمُدَّثّـِرُ. قُمْ فَأَنْذِرْ} إِلَى قَوْلِهِ {وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ}. فَحَمِيَ الوَحْيُ وَتَـتَابَعَ.

Maksudnya: “Ketika aku sedang berjalan, tiba-tiba aku terdengar satu suara dari langit, lalu aku memandang ke arahnya, ternyata malaikat (Jibril A.S) yang pernah datang kepadaku di Gua Hira’ dahulu, sedang duduk di atas kerusi di antara langit dan bumi. Maka, timbullah perasaan gerun dalam diriku terhadapnya, lalu aku pulang ke rumah dan bersabda: “Selimutkan aku, selimutkan aku.” Maka Allah SWT menurunkan wahyu (Firman Allah SWT):

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.” [Surah al-Muddathir: 1-5]. Selepas itu, wahyu pun turun dengan banyak dan berterusan.

Riwayat al-Bukhari (4)

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا عَبِيْدُكَ، وَبَنُوْ عَبِيْدِكَ، وَبَنُوْ إِمَائِكَ، نَوَاصِينَا بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيْنَا حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيْنَا قَضَاؤُكَ، نَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قُلُوْبِنَا، وَنُورَ صُدُوْرِنَا، وَجِلَاءَ أَحْزَانِنَا، وَذَهَابَ هُمُوْمِنَا.

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubun kami di tangan-Mu, telah berlalunya keputusan-Mu, Engkau telah berlaku adil ke atas kami dalam keputusan-Mu. Kami memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau berikan pada diri-Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah satu makhluk ciptaan-Mu, atau yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang telah Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib-Mu, untuk menjadikan al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya di dada kami, penghilang kesedihan kami, penghapus kesusahan kami.”