#5546: 10 Perkara yang Membatalkan Puasa

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apakah perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa ?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).”

(Surah al-Baqarah :187)

Makan dan minumlah sehingga jelas bagimu cahaya fajar dari kegelapan malam, dengan terbitnya fajar sadiq. Kemudian sempurnakanlah puasa dengan menahan diri dari makanan dan minuman hingga masuk waktu malam dengan terbenamnya matahari. (Lihat Tafsir al-Muyassar,1/29)

Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan terdapat 10 perkara selain makan dan minum, iaitu:

  1. Masuknya sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga badan
  2. Masuknya sesuatu dengan sengaja ke dalam kepala
  3. Memasukkan ubat ke dalam qubul ataupun dubur
  4. Muntah dengan sengaja
  5. Bersetubuh dengan sengaja pada bahagian faraj
  6. Keluarnya air mani disebabkan bersentuhan kulit
  7. Keluarnya darah Haid dan Nifas
  8. Gila
  9. Murtad

Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melakukan ibadah kepadanya dan kami akhiri dengan doa :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Wallahua’lam.