#5592: Puasa Pintu Ibadat

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apa yang dimaksudkan bahawa puasa sebagai pintu ibadat? Adakah terdapat hadith dan apa statusnya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Daripada Abi Darda’ dengan sanad yang dhaif, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

لِكُلِّ شَيءٍ بَابٌ، وَبَابُ العِبَادَةِ الصَّومُ

Maksudnya: “Bagi setiap sesuatu mempunyai pintu dan pintu ibadat itu ialah puasa.”

Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd daripada jalur Abu al-Syeikh dalam al-Thawab. Al-’Iraqi menyatakan bahawa sanadnya dha’if. (Lihat al-Mughni ‘an Haml al-Asfar, hlm. 273)

Hal ini dapat difahami dengan mudah di mana seseorang yang melakukan ibadat puasa pada ghalib-nya mudah melakukan acara ibadat yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir, ke masjid, bertarawih, bersedekah dan lain-lain.

Bahkan, bulan puasa juga turut disebut sebagai bulan ibadat, maka marilah kita sama-sama di bulan Ramadhan ini, kita perbanyakkan lagi amal ibadah kita terutamanya pada sepuluh malam terakhir kerana di situ adanya malam lailatul qadar.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

(Surah Ibrahim: 40)

Wallahua`lam.