#5598: Kisah Nabi Membaca Tasyahud

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Benarkah Nabi SAW membaca tasyahud ketika di Sidratul Muntaha?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Diceritakan bahawa terdapat kisah yang menyatakan bahawa Nabi SAW ketika mana sampai di Sidratul Muntaha, Baginda membaca tasyahud. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh al-Suhaili:

وَحِينَ مَثَلَ بِالْمَقَامِ الْأَعْلَى، وَدَنَا فَتَدَلّى أُلْهِمَ أَنْ يَقُولَ: التّحِيّاتُ لِلّهِ إلَى قَوْلِهِ: الصّلَوَاتُ لِلّهِ، فَقَالَتْ الْمَلَائِكَةُ: السّلَامُ عَلَيْك أَيّهَا النّبِيّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، فَقَالَ السّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ، فَقَالَتْ الْمَلَائِكَةُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلّا اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنّ مُحَمّدًا رَسُولُ اللهِ.

Maksudnya: “Ketika Baginda berdiri di kedudukan yang tertinggi dan Baginda semakin mendekat, diilhamkan kepada Baginda supaya bersabda: “التّحِيّاتُ لِلّهِ” sehingga: ‘الصّلَوَاتُ لِلّهِ’. Lalu para malaikat pun berkata: ‘السّلَامُ عَلَيْك أَيّهَا النّبِيّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ’, lalu Baginda bersabda: ‘السّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ’, lantas para malaikat berkata: ‘أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلّا اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنّ مُحَمّدًا رَسُولُ اللهِ’.” (Lihat al-Raud al-Unuf, 4/385-386).

Riwayat ini tiada asal. Kisah ini didatangkan tanpa sanad. Muhammad Anwar Syah al-Kashmiri dalam kitabnya al-‘Arf al-Syazzi menyatakan, sebahagian ulama mazhab Hanafi menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika malam al-Isra’: “ألتّحِيّاتُ لِلّهِ” sehingga akhirnya, kemudian Allah menjawab: “السّلَامُ عَلَيْك أَيّهَا النّبِيّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ”, Rasulullah SAW membalas: “السّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ”, tetapi aku tidak mendapati sanad bagi riwayat ini dan riwayat ini disebutkan dalam Raud al-Unuf. (Lihat al-‘Arf al-Syazzi, 1/283).

Namun begitu, hadith yang sahih berkaitan dengan tasyahud adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibn Mas‘ud R.A, katanya:

عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَفِّي بَيْنَ كَفَّيْهِ، التَّشَهُّدَ، كَمَا يُعَلِّمُنِي السُّورَةَ مِنَ القُرْآنِ: «التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ، وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ» وَهُوَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْنَا، فَلَمَّا قُبِضَ قُلْنَا: السَّلاَمُ – يَعْنِي – عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Maksudnya:Rasulullah SAW mengajarku  tasyahud, sedangkan tapak tanganku berada di antara kedua tapak tangan Baginda –, sebagaimana Baginda mengajarku satu surah daripada al-Quran iaitu: ‘التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ، وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُ’ (Segala penghormatan milik Allah. Dan segala selawat serta kebaikan. Selawat dan salam ke atas kamu wahai Nabi serta rahmat Allah dan berkat-Nya ke atasmu. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya serta utusan-Nya). Dan ketika itu Baginda masih berada di antara kami (yakni masih hidup). Setelah Baginda meninggal dunia, kami mengucapkan: ‘السَّلاَمُ عَلَى’ yakni ‘عَلى النَّبِي’ (menggantikan السَّلاَمُ عَلَيْكَ).”

Riwayat al-Bukhari (6265), Muslim (402) dan al-Tirmizi (289)

Imam al-Tirmizi menyebutkan, hadith Ibn Mas‘ud berkenaan tasyahud adalah hadith yang paling sahih dalam bab ini, dan diamalkan oleh kebanyakan ahli ilmu dalam kalangan para sahabat dan tabi‘in.” (Lihat al-Sunan al-Tirmizi, 1/320)

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لَنَا خَيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang kami ketahui mahupun tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui. Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan kami berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan kami memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untuk kami.”