#5717: Masa yang Sesuai untuk Membayar Dam

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Bilakah masa yang sesuai untuk membayar dam bagi wanita yang melanggar pantang larang semasa ihram?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pembayaran dam boleh dilakukan pada bila-bila masa, tetapi waktu yang paling sesuai untuk melakukannya ialah selepas melakukan kesalahan  dalam ihram. Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan penangguhan pembayaran dam tersebut dan membebaskan dirinya daripada tanggungan kewajipannya.

Kami akhiri dengan doa:

اللّٰهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنَا حَجًّا مَبْرُوْرًا، وَعُمْرَتَنَا عُمْرَةً مَبْرُوْرًةً، وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا، وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا، وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا، وَتِجَارَتَنَا تِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ.

Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, umrah kami, umrah yang mabrurah, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.”