#5757: Perkara Sunat yang Boleh Dilakukan Sebelum Berniat Umrah Bagi Wanita

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Apa perkara sunat yang boleh dilakukan sebelum berniat umrah untuk wanita?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

ِAntara perkara sunat yang boleh dilakukan oleh seseorang yang mengerjakan umrah sebelum berniat ihram adalah seperti berikut:

  • Memotong kuku
  • Membuang bulu pada badan (Bulu kemaluan dan ketiak)
  • Menghilangkan bauan badan yang tidak menyenangkan
  • Mandi sunat ihram (Termasuk perempuan haid dan nifas)
  • Mengenakan wangian pada badan sebelum berihram
  • Solat sunat ihram (Bukan pada waktu yang dilarang untuk solat)

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa: Pendapat ashab kami – iaitu  Mazhab al-Syafi‘i – adalah disunnahkan untuk bersedia menuju Ihram berserta dengan mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong misai, memotong kuku, dan membasuh kepala dengan daun sidr atau campuran yang serupa dengannya. (Lihat Raudhah al-Talibin, 3/70)

Kami akhiri dengan doa:

اللّٰهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنَا حَجًّا مَبْرُوْرًا، وَعُمْرَتَنَا عُمْرَةً مَبْرُوْرًةً، وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا، وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا، وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا، وَتِجَارَتَنَا تِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ.

Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, umrah kami, umrah yang mabrurah, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.”