#5759: Perkara Perlu Dilakukan Selepas Berniat Umrah

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Selepas berniat umrah, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Selepas berniat ihram, dia hendaklah menjaga pantang larang dalam ihram sehinggalah dia selesai mengerjakan semua rukun umrah. Begitu juga sejurus selepas berniat ihram, dia disunatkan membaca laungan talbiah ini dimulai daripada berniat ihram hingga permulaan tawaf bagi yang mengerjakan umrah. Namun, tidak disunatkan bagi wanita untuk menyaringkan dan meninggikan suara ketika bertalbiah.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”