#5861: Kekuatan untuk Mengamalkan Ilmu yang Dipelajari

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Bagaimana untuk mendapat kekuatan mengamalkan ilmu yang dipelajari?

Jawapan:

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalam kalangan kamu) — beberapa darjat.

(Surah al-Mujadalah: 11)

Ibn Mas’ud RA menyebut bahawa Allah SWT telah memuji ulama’ di dalam ayat ini iaitu Allah SWT mengangkat orang-orang beriman yang diberi ilmu di atas orang-orang beriman yang tidak diberikan ilmu dengan beberapa darjat. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 17/299)

Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan beberapa perkara yang boleh kita lakukan dalam mengamalkan ilmu adalah:

  • Perbanyakkan doa.
  • Pilih kawan yang baik.
  • Pergi ke majlis ilmu.
  • Membaca sejarah salafus soleh yang mana mereka itu menjadi ikutan.
  • Menyebarkan ilmu.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”