#5910: Perkara yang Boleh Membersihkan Hati dan Menenangkan Fikiran

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh jelaskan kepada kami, apakah perkara yang dapat membersihkan hati dan menenangkan fikiran mengikut cara Islam. Terima kasih Dato’ seri.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

(Surah al-Ra’d: 28)

Sebagai seorang Muslim yang beriman, kita harus sentiasa mengingati Allah SWT untuk mendapatkan ketenangan hati yang sejati.

Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan terdapat beberapa perkara yang boleh untuk kita lakukan dalam membersihkan hati dan tenang fikiran:

  1. Menjaga solat lima waktu kerana solat itu tiang agama.
  2. Banyakkan zikir dan istighfar. Sesibuk mana pun kehidupan kita, jangan sesekali kita meninggalkan zikir kerana dengan zikir, hati akan menjadi tenang dan secara tidak langsung membersihkan hati.
  3. Banyakkan membaca al-Quran. Pastikan dalam sehari, paling kurang satu muka surat kita ada masa untuk membaca al-Quran.
  4. Melazimi qiyamullail.
  5. Banyakkan selawat kepada Nabi SAW.
  6. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid atau mana-mana tempat.

Semoga Allah SWT kurniakan kita rezeki yang halal dan diberkati. Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ ، وَإِنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ

Maksudnya: “Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau beri petunjuk, Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan, Dan peliharalah aku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan, Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.”