#5989: Minbar Rasulullah SAW

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh terangkan kepada kami sejarah minbar Rasulullah SAW dan berapa tangganya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

 وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا ۚ قُلْ مَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ ۚ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

(Surah al-Jumu’ah: 11)

Pada asalnya, Rasulullah SAW hanya berkhutbah secara berdiri. Kemudian, datang seorang perempuan dan menceritakan bahawa beliau memiliki seorang tukang kayu dan mampu membina minbar kepada Rasulullah SAW.

Abu Hazim bin Dinar berkata bahawa beberapa orang lelaki datang kepada Sahl bin Sa‘d al-Sa‘idi. Mereka berdebat mengenai kayu yang dipakai untuk mimbar. Lalu mereka menanyakan hal itu kepada Sahl. Sahl menjawab:

وَاللهِ إِنِّي لَأَعْرِفُ مِمَّا هُوَ، وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ أَوَّلَ يَوْمٍ وُضِعَ، وَأَوَّلَ يَوْمٍ جَلَسَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَرْسَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى فُلاَنَةَ – امْرَأَةٍ مِنَ الأَنْصَارِ قَدْ سَمَّاهَا سَهْلٌ – «مُرِي غُلاَمَكِ النَّجَّارَ، أَنْ يَعْمَلَ لِي أَعْوَادًا، أَجْلِسُ عَلَيْهِنَّ إِذَا كَلَّمْتُ النَّاسَ»، فَأَمَرَتْهُ فَعَمِلَهَا مِنْ طَرْفَاءِ الغَابَةِ، ثُمَّ جَاءَ بِهَا، فَأَرْسَلَتْ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَمَرَ بِهَا فَوُضِعَتْ هَا هُنَا، ثُمَّ رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى عَلَيْهَا وَكَبَّرَ وَهُوَ عَلَيْهَا، ثُمَّ رَكَعَ وَهُوَ عَلَيْهَا، ثُمَّ نَزَلَ القَهْقَرَى، فَسَجَدَ فِي أَصْلِ المِنْبَرِ ثُمَّ عَادَ، فَلَمَّا فَرَغَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ، فَقَالَ: «أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّمَا صَنَعْتُ هَذَا لِتَأْتَمُّوا وَلِتَعَلَّمُوا صَلاَتِي».

Maksudnya: “Demi Allah sungguh aku mengetahui daripada bahan apa mimbar itu dibuat, sungguh aku melihat pada hari pertama ia diletakkan di masjid, dan hari pertama Rasulullah SAW duduk di atasnya. Ketika itu Rasulullah SAW mengutus seseorang untuk menemui seorang wanita — Sahl menyebutkan nama wanita itu — “Suruhlah hamba kamu yang tukang kayu itu supaya dia membuatkan untuk aku sesuatu yang dibuat daripada kayu yang boleh aku duduki ketika aku berbicara dihadapan orang ramai.” Wanita tersebut segera menyuruh hambanya untuk mengerjakannya. Dia membuat (mimbar tersebut) daripada kayu-kayuan hutan dan membawanya kepada wanita tadi. Kemudian wanita itu mengirim mimbar itu kepada Rasulullah SAW, dan Baginda memerintahkan agar diletakkan di sini. Kemudian aku melihat Rasulullah SAW solat, bertakbir dan rukuk di atas mimbar, lalu Baginda turun secara kebelakang lalu sujud di lantai mimbar. Kemudian kembali naik ke atas mimbar. Seusai solat, Baginda menghadap kepada makmum dan bersabda: “Wahai manusia, sesungguhnya aku melakukan perkara tersebut supaya kamu mengikuti aku dan mempelajari (cara) solatku.”

Riwayat al-Bukhari (448) dan Muslim (44)

Kami akhiri dengan doa:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”

Surah Ibrahim (40-41)