#7900: Menggelarkan Seseorang dengan Aba al-Qasim

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Jika saya mempunyai seorang anak dan saya menamakannya sebagai Qasim, boleh atau tidak saya menggelarkan diri saya sebagai Aba al-Qasim?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Kami telah menjawab beberapa kali dalam isu ini terutamanya dalam menamakan anak. Pada asasnya tidak menjadi kesalahan menamakan anak dengan Qasim. Tetapi menggelarkan dengan Aba al-Qasim telah menjadi perswelisihan ulama. Sebahagian tidak membenarkan dengan maksud makruh. Dan sebahagiannn yang lain mengizinkan.

Sebuah hadith, daripada Jabir R.A, katanya:

وُلِدَ لِرَجُلٍ مِنَّا غُلاَمٌ فَسَمَّاهُ القَاسِمَ، فَقَالُوا: لاَ نَكْنِيهِ حَتَّى نَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «سَمُّوا بِاسْمِي وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي».

Maksudnya: Telah lahir anak seorang lelaki dalam kalangan kami, lalu dia menamakannya al-Qasim. Mereka berkata: Kami tidak akan memanggil nama Kuniyahnya (dengan Abu al-Qasim) sehingga kami bertanya kepada Nabi SAW. Baginda bersabda: “Berilah nama dengan namaku dan jangan memakai Kuniyahku.”

Riwayat al-Bukhari (6187)

Daripada Ibn Sirin, Aku mendengar Abu Hurairah berkata: Abu al-Qasim Nabi SAW bersabda:

سَمُّوا بِاسْمِي وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي.

Maksudnya: “Berilah nama dengan namaku dan jangan memberi nama panggilan dengan nama panggilanku.”

Riwayat al-Bukhari (6188)

Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”