#4142: Biografi Imam al-Humaidi

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Boleh jelaskan tentang Imam al-Humaidi?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Beliau ialah Abu Bakar, Abdullah bin al-Zubair bin Isa bin Usamah al-Qurasyi al-Asadi al-Humaidi al-Makki. Beliau termasuk ulama besar, al-hafiz, al-faqih.

Tarikh kelahiran beliau tidak dipastikan kerana tidak ada ulama’ rijal yang menyatakannya.

Guru dan Murid Imam al-Humaidi

Antara gurunya:

  • Ibrahim bin Sa’d
  • Abu Dhamrah Anas bin ‘Iyadh
  • Bisyr bin Bakr al-Tinnisi
  • Abu Usamah Hammad bin Usamah
  • Sufyan bin ‘Uyainah
  • ‘Abdullah bin al-Harith al-Jumahi al-Hatibi
  • ‘Abdullah bin al-Harith al-Makhzumi
  • ‘Abdullah bin Raja` al-Makki
  • Abu Sofwan ‘Abdullah bin Sa’id al-Umawi
  • ‘Abdullah bin Yarfa al-Madani, maula Bani Laith
  • ‘Abd al-Rahman bin Sa’d bin ‘Ammar al-Mu`azzin
  • ‘Abd al-‘Aziz bin Abi Hazim
  • ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abdul Somad al-‘Ammi
  • ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad al-Darawardi
  • ‘Ali bin ‘Abdul Hamid bin Ziyad bin Soifi
  • Faraj bin Sa’id al-Ma’ribi al-Yamani
  • Fudhail bin ‘Iyadh
  • Muhammad bin Idris al-Syafi’i
  • Muhammad bin ‘Abdullah al-Tanafisi
  • Marwan bin Mu’awiyah al-Fazari
  • Waki’ bin al-Jarrah
  • Al-Walid bin Muslim
  • Ya’la bin ‘Ubaid al-Tonafisi. (Lihat Tahzib al-Kamal Fi Asma’ al-Rijal oleh al-Mizzi, 14/512-513)

Antara muridnya pula ialah:

  • Muhammad bin Isma’il al-Bukhari
  • Ibrahim bin Soleh al-Syirazi
  • Abu al-Azhar Ahmad bin al-Azhar al-Nisaburi
  • Isma’il bin ‘Abdullah al-Asbahani Samuwaih
  • Bisyr bin Musa al-Asadi
  • Salamah bin Syabib al-Nisaburi
  • Abu Zur’ah ‘Ubaidullah bin ‘Abdul Karim al-Razi
  • ‘Ubaidullah bin Fadhalah al-Nasa`i
  • Muhammad bin Ahmad al-Qurasyi
  • Abu Bakr Muhammad bin Idris bin ‘Umar al-Makki
  • Warraq al-Humaidi
  • Abu Hatim Muhammad bin Idris al-Razi
  • Muhammad bin ‘Abdullah bin Sanjar al-Jurjani
  • Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Rahim al-Barqi
  • Muhammad bin ‘Ali bin Maimun al-Raqqi
  • Muhammad bin Yahya al-Zuhali
  • Muhammad bin Yunus al-Nasa`i
  • Muhammad bin Yunus al-Kudaimi
  • Harun bin ‘Abdullah al-Hammal
  • Ya’qub bin Sufyan
  • Ya’qub bin Syaibah
  • Yusuf bin Musa al-Qattan

 

Kelebihan dan Pujian Ulama’ Kepadanya

Beliau sangat dihormati dan dimuliakan. Imam Ahmad menyebut, “Al-Humaidi bagi kami adalah ulama’ besar.” Al-Faswah menyebut, “Aku belum pernah bertemu seseorang yang lebih (memiliki sifat) nasihat untuk Islam dan umatnya selain al-Humaidi.”

Imam al-Hakim menyebut, “Apabila Imam al-Bukhari telah mendapat hadith daripada al-Humaidi, beliau tidak akan beranjak kepada selainnya.”

Al-Humaidi banyak meriwayatkan daripada Sufyan bin ‘Uyainah sehingga dianggap perawi utama dan murid Sufyan bin ‘Uyainah yang paling diakui. Kata Imam al-Humaidi, “Aku mendampingi Ibn ‘Uyainah selama 19 tahun atau lebih kurang itu.” Beliau juga merupakan ketua kepada para murid Sufyan bin ‘Uyainah. Beliau adalah seorang yang thiqah dan imam. (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 10/617)

Abu Hatim menyebut, “Orang yang paling teguh dalam riwayat daripada Sufyan bin ‘Uyainah ialah al-Humaidi.” (Lihat al-Jarh wa al-Ta’dil, 5/57)

Muhammad bin Sahl al-Quhstani berkata, al-Rabi’ bin Sulaiman menceritakan kepada kami katanya, aku mendengar al-Syafi’i berkata: “Tidak pernah saya melihat orang yang lebih kuat ingatan daripada al-Humaidi. Beliau menghafaz sepuluh ribu hadith daripada Sufyan bin ‘Uyainah” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 10/618)

Kewafatannya

Beliau meninggal dunia pada tahun 217H. ini merupakan pendapat Ibn Sa’d dan al-Bukhari.

Perlu disebutkan di sini terdapat seorang lagi tokoh yang juga dikenali dengan al-Humaidi, iaitu pengarang al-Jam’ Baina al-Sahihain. Nama beliau ialah Muhammad bin Abi Nasr bin ‘Abdullah bin Humaid bin Yasil. Beliau meninggal dunia pada tahun 477H.

Kami akhiri dengan doa:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا اَللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى اَلْإِسْلَامِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى اَلْإِيمَانِ اَللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, ampuni orang yang hidup di antara kami, orang yang meninggal dunia di antara kami, orang yang ada di kalangan kami dan orang yang tiada, yang kecil di kalangan kami dan yang tua, serta yang lelaki di kalangan kami dan yang perempuan. Ya Allah, orang-orang yang telah Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia dalam Islam dan orang-orang yang telah Engkau matikan di antara kami, matikanlah dia dalam iman. Ya Allah, janganlah Engkau halang kami dari pahalanya dan janganlah Engkau sesatkan kami selepasnya.”

Riwayat Abu Daud (3201); al-Tirmizi (1024); al-Nasa’i (1986) dan Ibn Majah (1498)