#5143: Saranan Buku Sirah Rasulullah SAW

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Adakah mana mana buku sirah Rasulullah yang boleh di recommend kan? Antara perkara yang membuatkan hati saya terkesan dengan keindahan Islam adalah apabila saya membaca kisah kisah kebijaksanaan dan kemuliaan hati Rasulullah, dan saya suka untuk melihat diri saya dan cuba untuk mengikut sunnah sunnah Rasulullah dalam menangani pelbagai bentuk perangai manusia.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Beriman kepada rasul adalah suatu tuntutan syarak dan menjadi salah satu daripada rukun-rukun iman yang enam. Beriman dengan para nabi dan rasul membawa maksud beriman dengan rasul yang Allah SWT sebutkan nama mereka dalam al-Quran. Hikmah perutusan rasul ini adalah untuk menyempurnakan panduan yang diperlukan oleh manusia bagi menyusun sistem hidup mereka dan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. (Lihat al-‘Aqidah al-Islamiyyah wa Mazahibuha,hlm.  444-448).

Kesimpulan

Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan kami telah menerbitkan sebuah buku bertajuk, “Garis Masa Hayat Al-Rasul SAW.” Di dalam buku ini diceritakan dari awal kelahiran Nabi Muhammad SAW hingga wafatnya baginda. Keunikan buku ini adalah ia dijelaskan dengan cara timeline di atas dan penerangan di bawah beserta gambar dan sumber rujukan. Maka, buku ini sesuai untuk dibaca untuk semua lapisan Masyarakat agar lebih mengenali baginda SAW. Bak kata pepatah,” Tak kenal, Maka tak cinta.”

Antara buku sirah yang dicadangkan ialah:

  • Al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyyurahman al-Mubarakfuri
  • Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali
  • Fiqh al-Sirah oleh Syeikhuna Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti
  • Sirah Ibn Hisyam oleh Ibn Hisyam
  • Nur al-Yaqin oleh Syeikh Muhammad al-Khudori

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen. Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.”

(Surah al-Hasyr: 10)