1. Ma’ruf al-Karkhi mengatakan: “Tasawuf adalah pergantungan harap kepada Allah SWT dan tidak kepada makhluk.”
2. Menurut pandangan Abu Turab al-Nakhsyabi: “Sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatu pun malah bersih daripada semua perkara.”
3. Sahl bin Abdullah al-Tustari berkata: “Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah SWT dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur.”
4. Al-Jurairi pula menyatakan: “Tasawuf ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.”
5. Al-Kattani pula menegaskan: “Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu.”
Reviews
There are no reviews yet.