Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Boleh terangkan berkenaan lafaz-lafaz atau sighah istighfar?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Dalam menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Surah Nuh: 10-12)
Terdapat beberapa sighah atau lafaz istighfar (الاستغفار) sepertimana disebut dalam beberapa riwayat. Kami nukilkannya seperti berikut:
Pertama: Daripada Abdullah bin ‘Umar R.A, katanya:
كُنَّا لَنَعُدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ فِي الْمَجْلِسِ الْوَاحِدِ مِائَةَ مَرَّةٍ : رَبِّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عليَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami mengira di dalam satu majlis Rasulullah SAW membaca sebanyak seratus kali: Wahai tuhan, ampunilah daku, berilah taubat kepadaku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”
Riwayat Abu Daud (1516), al-Tirmizi (3434), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (10292), Ibn Majah (3814) dan Ahmad (1872)
Justeru, lafaz istighfar ini adalah:
رَبِّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عليَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Kedua: Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma:
كَانَ يُعَدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَجْلِسِ الْوَاحِدِ مِائَةُ مَرَّةٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَقُومَ : رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُورُ
Maksudnya: Beliau pernah menghitung (bacaan istighfar) Rasulullah SAW dalam suatu majlis sebelum bangkit darinya, sebanyak seratus kali, (yang berbunyi: ‘رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُورُ’ (Ya Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Pengampun.”
Riwayat al-Tirmizi (3434), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (10292), Ibn Majah (3814) dan Ahmad (4726)
Justeru, lafaz istighfar ini adalah:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَىَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُورُ
Ketiga: Daripada Zaid bin al-Harithah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ غُفِرَ لَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنَ الزَّحْفِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
maka akan diampunkan dosanya walaupun dia pernah lari dari medan perang.”
Riwayat Abu Daud (1517), al-Hakim (2550) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (161)
Justeru, lafaz istighfarnya:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Keempat: Daripada Abu Bakar R.A, beliau berkata kepada Rasulullah SAW:
عَلِّمْنِى دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِى صَلاَتِى ، قَالَ : قُلِ :اللَّهُمَّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya: “Ajarkanlah aku suatu doa yang boleh aku panjatkan dengannya ketika solat.” Maka Baginda SAW pun bersabda: “Bacalah: ‘اللَّهُمَّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ’ (Ya Allah! Sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).”
Riwayat al-Bukhari (834) dan Muslim (2705)
Doa ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Bakar R.A, beliau berkata kepada Rasulullah SAW:
عَلِّمْنِى دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِى صَلاَتِى ، قَالَ : قُلِ :اللَّهُمَّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya: “Ajarkanlah aku suatu doa yang boleh aku panjatkan dengannya ketika solat.” Maka Baginda SAW pun bersabda: “Bacalah:
اللَّهُمَّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ya Allah! Sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Riwayat al-Bukhari (834) dan Muslim (2705)
Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan: ‘ظَلَمْتُ نَفْسِي’ (aku telah menzalimi diriku sendiri), maksudnya melakukan apa yang dapat mendatangkan seksaan atau mengurangkan darjat. Ini merupakan penjelasan bahawa seseorang tidak terlepas daripada kekurangan meskipun orang itu berstatus siddiq (benar dan boleh dipercayai).
‘ولَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أنْتَ’ (dan tidak ada yang mengampuni dosa selain Engkau). Kalimat ini mengandungi pengakuan akan keesaan Allah serta permohonan keampunan kepada-Nya.
Berkenan lafaz ‘مَغْفِرَةً مِن عِندِكَ’ (keampunan dari sisi-Mu), Al-Tibi berkata: Lafaz ‘مَغْفِرَةً’ yang diungkapkan dalam bentuk nakirah menunjukkan bahawa apa yang diminta adalah keampunan yang sangat besar, yang tidak diketahui batasannya. Adapun maksud pernyataan bahawa ia berasal dari sisi Allah SWT adalah menggambarkan keagungan, kerana sesuatu yang berasal dari sisi Allah SWT, maka sifatnya tidak dapat digambarkan.
Ibn Daqiq al-‘Id berkata: Hal ini mencakupi dua kemungkinan:
Pertama, mengisyaratkan tauhid (keesaan Allah SWT) yang disebutkan sebelumnya, seakan-akan dikatakan bahawa tidak ada yang melakukan hal ini kecuali Engkau, maka lakukanlah oleh-Mu.
Kedua, – ini yang lebih baik – mengisyaratkan permohonan keampunan berupa kurniaan daripada Allah SWT, bukan kerana balasan atas suatu amal kebaikan daripada hamba. Kemungkinan terakhir inilah yang ditegaskan oleh Ibn al-Jauzi, katanya: “Maknanya, berikanlah kepadaku keampunan sebagai kurniaan daripada-Mu meskipun aku tidak berhak memperolehinya dengan amalanku.” (LihatFath al-Bari, 4/685)
Hadith ini menunjukkan ketika bertaubat dan memohon keampunan, hendaklah disertai dengan perakuan terhadap dosa yang telah dilakukan. Begitu juga hendaklah ketika memulakan doa, dimulakan dengan pengakuan terhadap keadaan diri yang faqir (berhajat kepada Allah SWT) dan penuh dengan dosa. Inilah antara wasilah dalam berdoa. (Lihat Syarh Riyadh al-Salihin, 6/34)
Hadith ini juga menunjukkan bahawa setiap orang pasti memiliki kekurangan, sekalipun orang yang disifatkan al-Siddiq seperti Abu Bakar. Oleh itu, tidak sewajarnya seseorang itu lalai daripada beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Al-Hasan al-Basri pernah berkata: “Perbanyakkanlah istighfar di rumah-rumah, di meja-meja makan, di jalan-jalan, di pertemuan-pertemuan dan di mana saja kamu berada. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bilakah turunnya keampunan.” (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/481)
Justeru, lafaz istighfarnya:
اللَّهُمَّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Kelima: Daripada Ummul Mukminin, Aisyah R.Anha, katanya:
كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يُكْثِرُ أنْ يَقُولَ في رُكُوعِهِ وسُجُودِهِ: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي يَتَأَوَّلُ القُرْآنَ
Maksudnya: Adalah Nabi SAW amat banyak membaca ketika rukuk dan sujudnya: ‘سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي’ dan dia mentafsirkan al-Quran.
Riwayat al-Bukhari (4968) dan Muslim (484)
Justeru, lafaz istighfarnya:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي
Keenam: Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَن جلسَ في مجلِسٍ فَكَثرَ فيهِ لغطُهُ، فقالَ قبلَ أن يقومَ من مجلسِهِ ذلِكَ: سُبحانَكَ اللَّهمَّ وبحمدِكَ، أشهدُ أن لا إلَهَ إلَّا أنتَ أستغفرُكَ وأتوبُ إليكَ، إلَّا غُفِرَ لَهُ ما كانَ في مجلِسِهِ ذلِكَ
Maksudnya: Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, maka banyaklah salah dan silapnya. Justeru, dia berkata sebelum bangkit daripada majlis tersebut: ‘سُبحانَكَ اللَّهمَّ وبحمدِكَ، أشهدُ أن لا إلَهَ إلَّا أنتَ أستغفرُكَ وأتوبُ إليكَ’ melainkan ia diampunkan dosanya selama mana dia berada dalam majlis tersebut.
Riwayat al-Tirmizi (3433), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (10330) dan Ahmad (10415)
Justeru, lafaz istighfarnya:
سُبحانَكَ اللَّهمَّ وبحمدِكَ، أشهدُ أن لا إلَهَ إلَّا أنتَ أستغفرُكَ وأتوبُ إليكَ،
Ketujuh: Daripada Ali bin Abi Talib R.A, daripada Rasulullah SAW:
أنَّهُ كانَ إذَا قَامَ إلى الصَّلَاةِ آخِرِ ما يقولُ بيْنَ التَّشَهُّدِ وَالتَّسْلِيمِ: “اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ما قَدَّمْتُ وَما أَخَّرْتُ، وَما أَسْرَرْتُ وَما أَعْلَنْتُ، وَما أَسْرَفْتُ، وَما أَنْتَ أَعْلَمُ به مِنِّي، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لا إلَهَ إلَّا أَنْتَ
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW apabila bangun untuk solat akhir yang dia ucapkan antara selesai bacaan tasyahud dan antara salam:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ما قَدَّمْتُ وَما أَخَّرْتُ، وَما أَسْرَرْتُ وَما أَعْلَنْتُ، وَما أَسْرَفْتُ، وَما أَنْتَ أَعْلَمُ به مِنِّي، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لا إلَهَ إلَّا أَنْتَ
Riwayat Muslim (771)
Justeru, lafaz istighfarnya:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ما قَدَّمْتُ وَما أَخَّرْتُ، وَما أَسْرَرْتُ وَما أَعْلَنْتُ، وَما أَسْرَفْتُ، وَما أَنْتَ أَعْلَمُ به مِنِّي، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لا إلَهَ إلَّا أَنْتَ
Kelapan: Daripada Abu Musa al-Asy’ari R.A, daripada Nabi SAW:
أنَّهُ كانَ يَدْعُو بهذا الدُّعَاءِ: “اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي خَطِيئَتي وَجَهْلِي، وإسْرَافِي في أَمْرِي، وَما أَنْتَ أَعْلَمُ به مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي جِدِّي وَهَزْلِي، وَخَطَئِي وَعَمْدِي، وَكُلُّ ذلكَ عِندِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ما قَدَّمْتُ وَما أَخَّرْتُ، وَما أَسْرَرْتُ وَما أَعْلَنْتُ، وَما أَنْتَ أَعْلَمُ به مِنِّي، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، وَأَنْتَ علَى كُلِّ شيءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya: Adalah Nabi SAW berdoa dengan doa ini: ‘”اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي خَطِيئَتي وَجَهْلِي، وإسْرَافِي في أَمْرِي، وَما أَنْتَ أَعْلَمُ به مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي جِدِّي وَهَزْلِي، وَخَطَئِي وَعَمْدِي، وَكُلُّ ذلكَ عِندِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ما قَدَّمْتُ وَما أَخَّرْتُ، وَما أَسْرَرْتُ وَما أَعْلَنْتُ، وَما أَنْتَ أَعْلَمُ به مِنِّي، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، وَأَنْتَ علَى كُلِّ شيءٍ قَدِيرٌ’
Riwayat al-Bukhari (6399) dan Muslim (2719)
Justeru, lafaz istighfarnya:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي خَطِيئَتي وَجَهْلِي، وإسْرَافِي في أَمْرِي، وَما أَنْتَ أَعْلَمُ به مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي جِدِّي وَهَزْلِي، وَخَطَئِي وَعَمْدِي، وَكُلُّ ذلكَ عِندِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ما قَدَّمْتُ وَما أَخَّرْتُ، وَما أَسْرَرْتُ وَما أَعْلَنْتُ، وَما أَنْتَ أَعْلَمُ به مِنِّي، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، وَأَنْتَ علَى كُلِّ شيءٍ قَدِيرٌ
Kami akhiri dengan doa:
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنَا وَنَحْنُ عَبِيْدُكَ، وَنَحْنُ عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْنَا، نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْنَا، نَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيْنَا، وَنَبُوْءُ بِذُنُوْبِنَا، فَاغْفِرْ لَنَا فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhan kami. Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan kami dan kami adalah hamba-Mu. Kami akan setia pada perjanjian kami pada-Mu dan janji-Mu dengan sedaya upaya kami. Kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang kami lakukan. Kami mengakui nikmat-Mu kepada kami dan kami mengakui dosa kami, maka ampunilah kami. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”