لما ولد النبي صلى الله عليه وسلم عق عنه عبد المطلب بكبش وسماه محمدا فقيل له يا أبا الحارث ما حملك على أن تسميه محمدا ولم تسمه باسم آبائه قال أردت أن يحمده الله عز وجل في السماء ويحمده الناس في الأرض
Maksudnya : Apabila Nabi SAW dilahirkan, Abd al-Muttalib telah melakukan akikah ke atas baginda dengan menyembelih kibasy dan menamakannya Muhammad. Ditanyakan kepadanya : “Wahai Abu al-Harith apakah yang menyebabkan engkau memberinya nama Muhammad dan bukan dengan nama nenek moyangnya?” Jawabnya : “Aku ingin agar Allah SWT memujinya di langit dan juga manusia memujinya di bumi.” (Lihat Tarikh Dimashq, 3/32)
Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī menyebutkan seolah-olah ia merupakan isyarat bahawa kedua-dua nama ini adalah yang paling masyhur antara nama-namanya yang lain dan nama Muhammad adalah yang paling masyhur antara kedua-dua nama ini. (Lihat Fatḥ al-Bārī, 6/555)
Imam al-Suyuti turut menyatakan bahawa Muhammad adalah merupakan nama baginda yang paling masyhur. (Lihat al-Nahjah al-Ṣawiyyah fī al- Asmā’ al-Nabawiyyah, m. 41).
Penerbit: Maktabah Al-Bakri
Penulis: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 78
Halaman: Berwarna
Reviews
There are no reviews yet.