Kajian ini diterbitkan bagi memenuhi keperluan masyarakat untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang merokok dan hukumnya, memandangkan hukum merokok kini sentiasa menjadi bualan masyarakat. Walaupun mereka mengetahui bahawa aktiviti merokok ini adalah suatu perkara yang diharamkan, namun mereka tidak serik dan menjadikan agenda merokok sebagai salah satu “aktiviti wajib” dalam kalendar harian. Malah, tidak menyentuh sebatang rokok sehari pun sudah dianggap sebagai tidak lengkap kehidupan rutin hariannya. Permasalahan ini dikupas dengan mendalam bagi menangani gejala merokok supaya golongan remaja tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Kajian ini dilakukan dengan lebih menyeluruh, mendalam dan mudah difahami sebagai bekalan dan buah tangan kepada masyarakat terutamanya umat Islam dengan maklumat yang tepat dan terkini bagi menjadi pegangan yang utuh buat mereka yang cintakan kesihatan. Kami mengharapkan dengan terbitnya kajian ini akan memberi semangat kepada ummah untuk tidak merokok dan tidak melakukan perkara yang haram. Semoga usaha seperti ini membuahkan natijah yang baik hingga melahirkan masyarakat madani yang bertunjangkan kepada iman dan tauhid. Amin
Penerbit: Maktabah Al-Bakri
Penulis: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 90
Halaman: Berwarna
Reviews
There are no reviews yet.