1148: Puasa dan Pekerjaan Berat

Original price was: RM265.00.Current price is: RM200.00.

Siri Umrah dan Haji

[eBook] Panduan Haji dan Umrah

Original price was: RM50.00.Current price is: RM40.00.

Siri Kematian

10 eBook Siri Kematian

Original price was: RM60.00.Current price is: RM35.00.

Soalan:

Assalamualaikum. Saya kerja beratlah Dato’ Seri. Boleh buka puasa tak?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Puasa adalah wajib bagi mereka yang menepati syarat seperti bermukim, sihat, tiada haidh dan nifas, akal yang sempurna dan beberapa syarat yang lain. Berkenaan dengan kerja berat ini pula, jika dia mampu untuk meneruskan kerja, maka sayugia dia meneruskannya. 

Syeikh ‘Abd al-Rahman bin Muhammad Ba’lawi menjelaskan, kerja berat itu mestilah tidak boleh ditangguh selepas bulan Ramadhan dan tidak boleh dilakukan pada malam hari. Puasa itu juga tidak mampu diteruskan dek kepayahannya melebihi kebiasaan. Pekerja tersebut juga wajib niat puasa pada tiap-tiap malam dan tidak boleh berbuka puasa melainkan setelah datang kepayahan. Dia mesti berniat rukhsah ketika berbuka puasa supaya membezakan antara puasa yang dibenarkan berbuka dan yang tidak dibenarkan. Tidak dibenarkan sengaja melakukan kerja berat supaya boleh berbuka. (Lihat Bughyah al-Mustarsyidin, hlm.184 dan Tuhfah al-Muhtaj, 1/225)

Tetapi dengan sebab puasa dia tidak mampu, maka dia diberi rukhsah untuk berbuka puasa. Tetapi dalam mazhab Syafi’i, mempunyai beberapa syarat, antaranya:

  • Hendaklah dia berniat puasa pada waktu malam.
  • Dia hendaklah berpuasa terlebih dahulu sehinggalah sampai kepada waktu yang dia tidak mampu.
  • Hendaklah dia qadha’ puasa Ramadhan yang dia tinggalkan secepat mungkin apabila selesai urusan kerja yang berat itu.
  • Saya syorkan jika terdapat kerja yang lain yang tidak mengganggu ibadat kita sebagai seorang Muslim maka beralihlah kepada kerja yang lain. Ini kerana, sebagai seorang Islam, melaksanakan rukun Islam yang lima adalah kewajipan yang mesti kita tunaikan. 

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita untuk dapat menunaikan kewajipan ibadat puasa. Ketahuilah, betapa ruginya mereka yang tidak mampu melaksanakan ibadah puasa dengan sebab kecuaian dirinya sendiri.

Bertarikh: 27 Mac 2023 bersamaan 5 Ramadhan 1444H