#1137: Puasa Sebagai Perisai

Original price was: RM30.00.Current price is: RM25.00.

Buku Fizikal

Imam 4 Mazhab

RM50.00RM300.00
This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Out of stock
Original price was: RM100.00.Current price is: RM60.00.

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan puasa itu sebagai perisai?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Seperti yang telah kami jelaskan, puasa mempunyai pelbagai maksud, tujuan dan hikmah. Antara tujuannya ialah supaya memperolehi taqwa. 

Dalam menjawab persoalan di atas, saya nyatakan bahawa ia adalah hadith daripada Abi Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

الصِّيامُ جُنَّةٌ

Maksudnya: “Puasa itu sebagai perisai.”

Riwayat al-Bukhari (1894) dan Muslim (1151)

Berkenaan dengan maksud perisai di sini, terdapat beberapa tafsiran para ulama:

  • Ibn Abd al-Bar berpendapat, ia sebagai pelindung dan perisai daripada api neraka. Ini dikuatkan dengan beberapa riwayat, seperti riwayat al-Baihaqi dan lain-lain.
  • Ia sebagai pelindung yang menyelamatkan tuannya daripada mengikut nafsu syahwat. Ini juga disokong dengan dalil seperti yang dinyatakan oleh Ibn al-Athir dalam kitabnya al-Nihayah.
  • Al-Qadhi Iyadh berpendapat, ia adalah pelindung daripada sebarang dosa.
  • Al-Munawi berkata: “Penjagaan (dari Allah) di dunia ialah daripada melakukan maksiat dengan disekat nafsu syahwat dan menjga anggota (daripada maksiat). Adapun penjagaan di akhirat dijauhkan daripada api neraka.” (Lihat Ramadhan al-Mubarak: Fadhilat dan Hukum Puasa, hlm. 72-73)

Semoga Allah SWT menjadikan puasa kita sebagai benteng kepada kita dari api neraka, maksiat, tunduk  kepada syahwat dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Amin.

Bertarikh: 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444H