#1158: Lewatkan Bersahur, Segera Berbuka

Original price was: RM265.00.Current price is: RM200.00.

Siri Umrah dan Haji

[eBook] Panduan Haji dan Umrah

Original price was: RM50.00.Current price is: RM40.00.

Siri Kematian

10 eBook Siri Kematian

Original price was: RM60.00.Current price is: RM35.00.

Soalan:

Assalamualaikum. Dato’ Seri, betul ke kena lewatkan sahur dan segerakan berbuka?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Dalam menjawab persoalan ini, saya katakan betul kerana sunnah Nabi SAW dan gesaan Nabi SAW sendiri. Saya kemukakan di sini hadith Rasulullah SAW:

Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِطْرَ

Maksudnya: “Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.”

Riwayat al-Bukhari (1957) dan Muslim (1098)

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan hikmah dituntut mempercepatkan berbuka adalah agar tidak ditambah waktu siang hari berpuasa ke malam hari kerana itu lebih baik bagi orang yang berpuasa dan lebih menguatkannya dalam beribadah. Para ulama’ telah bersepakat bahawa dibolehkan berbuka apabila yakin terbenamnya matahari dengan melihatnya sendiri atau dengan pengkhabaran dua orang yang adil dan begitu juga seorang pada pendapat yang lebih tepat. (Lihat Fath al-Bari, 199/4)

Selain itu, Imam al-Nawawi RA mengatakan bahawa pada hadith ini terdapat galakan mempercepatkan berbuka setelah ia yakin akan terbenamnya matahari. Antara maknanya adalah urusan umat ini akan sentiasa tersusun dan mereka akan berada dalam kebaikan selagimana mereka berterusan menjaga sunnah ini. Sebaliknya jika mereka melewatkannya, ini menunjukkan tanda kerosakan telah berlaku padanya. (Lihat al-Minhaj, 208/7)

Syeikh Dr Mustafa al-Bugha ketika menta’liqkan hadith ini di dalam Sahih al-Bukhari mengatakan bahawa maksud “لاَ يَزَالُ” adalah mereka kekal di dalam keluasan dan kelapangan apabila mereka berbuka setelah pasti terbenamnya (matahari) kerana itu lebih mudah buat mereka dan lebih menguatkan mereka untuk beribadah. Selain itu, ia akan mendapat ganjaran yang lebih disebabkan berpegang dengan sunnah Nabi SAW.

Dalam riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah RA disebutkan:

عَجِّلُوا الْفِطْرَ فَإِنَّ الْيَهُودَ يُؤَخِّرُونَ

Maksudnya: “Segeralah berbuka. Sesungguhnya Yahudi melewatkannya. “

Sunan Ibnu Majah (1768)

Al-Hafiz Ibnu Hajar menukilkan dalam Fathul Bari:

قَالَ ابْنُ عَبْدِ الْبَرِّ : أَحَادِيثُ تَعْجِيلِ الْإِفْطَارِ وَتَأْخِيرِ السُّحُورِ صِحَاحٌ مُتَوَاتِرَةٌ . وَعِنْدَ عَبْدِ الرَّزَّاقِ وَغَيْرِهِ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ الْأَوْدِيِّ قَالَ : ” كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أَسْرَعَ النَّاسِ ، إِفْطَارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُورًا ” 

Ibnu ‘Abdi al-Bar berkata: Hadis-hadis berkaitan menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur adalah hadis-hadis yang sahih lagi mutawatir. Abdul Razzaq dan selainnya meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada ‘Amru bin Maimun al-Awdi berkata: Sahabat-sahabat Muhammad SAW adalah manusia yang paling bersegera berbuka puasa dan melewatkan sahur. (Lihat Fath al-Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

Waktu sahur dilewatkan seperti yang diceritakan oleh Anas bin Malik RA daripada Zaid bin Tsabit:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

Maksudnya: “Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah”, Anas berkata kepada Zaid: “Berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?” Zaid menjawab: “Sekitar bacaan al-Quran 50 ayat.” 

Sahih al-Bukhari (550)

Berdasarkan hadis ini, jarak waktu selesai sahur Nabi SAW dengan waktu subuh sangat dekat, hanya sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca dengan kadar sederhana, tidak cepat dan tidak lambat (sekitar 10 hingga 15 minit sebelum subuh).

Semoga dengan makrifah dan kefahaman kita terkait dengan menyegerakan berbuka dan mentakhirkan sahur akan dapat kita ikuti dengan sebaik mungkin. InsyaAllah, akan dikurniakan kepada kita dengan ketaqwaan. Amin.

Bertarikh: 29 Mac 2023 bersamaan 7 Ramadhan 1444H