#1159: Minum Air Ketika Azan

Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Assalamualaikum. Tengah sedap saya minum air, bilal azan Subuh. Ada sikit lagi air. Saya perlu teruskan atau berhenti?

Jawapan:

Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.

Masalah ini khilaf di kalangan ulama ini kerana sebuah hadith yang menjadi perbincangan ulama.  Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ، فَلَا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendengar seruan (azan) dan bekas berada di tangan kamu, maka janganlah kamu meletaknya (bekas) sehingga sempurna hajatnya daripada itu”. 

Riwayat Abu Daud (2350) Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum hadith sebagai sahih

Makna Hadith

Imam al-Khattabi di dalam kitabnya mengatakan bahawa Bilal azan pada waktu malam maka makan dan minumlah sehingga diazan oleh Ibn Ummi Maktum atau makna hadith ini adalah seseorang mendengar azan tetapi dia syak pada waktu subuh (sudah masuk atau belum waktu subuh). Contohnya, pada hari tersebut cuaca sedikit mendung atau berawan maka dia tidak mengetahui berdasarkan pengetahuan (pemerhatiannya) bahawa fajar (fajar sodiq) sudah terbit kerana pada pengetahuannya dalil kemasukan Fajar tidak jelas. Jika terzahir pada muazzin sepatutnya terzahir padanya juga. Adapun jika seseorang itu mengetahui masuknya subuh maka dia tidak lagi berhajat kepada bunyi kokokan ayam kerana dia dituntut untuk menahan daripada makan dan minum apabila terbit padanya benang putih (cahaya siang atau fajar) daripada benang hitam (kegelapan malam). (Lihat Ma’alim al-Sunan, 106/2)

Akan tetapi di dalam mazhab al-Syafie, sesiapa yang makan dalam keadaan dia tidak yakin (zhan) bahawa fajar telah masuk sedang pada waktu itu fajar telah masuk atau dia menyangka bahawa matahari sudah terbenam sedangkan hakikatnya belum lagi terbenam maka dia berbuka, wajib baginya untuk qadha’ kerana dikira melebihi had dan Umar RA memerintahkan untuk berpuasa sehari pada tempat yang dia berbuka itu. (Lihat al-Muktamad, 181/2)

Saya cenderung kepada pendapat mazhab Syafi’i sebagai min bab ihtiyath. DAn ia berbetulan dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ بِلاَلًا يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam maka makan dan minumlah sehingga diseru (azan) oleh Ibn Ummi Maktum.”

Riwayat al-Bukhari (620) dan Muslim (1092)

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kefahaman yang baik dan faqihkan kita dalam agama. Amin.

Bertarikh: 29 Mac 2023 bersamaan 7 Ramadhan 1444H