#1912: Menggunakan Telefon Tanpa Keizinan Suami

Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dr Zulkifli, apakah saya berdosa pada suami kerana bermain telefon di belakang suami melarang saya bermain telefon.Tetapi saya sembunyi menggunakan telefon bagi tujuan belajar dan mendengar ceramah ustaz-ustaz. Berdosa kah saya ustaz?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

(Surah al-Nisa: 34)

Al-Qurtubi menafsirkan ayat di atas dengan menyatakan : Allah SWT menjadikan lelaki sebagai pemimpin bagi wanita dengan mendidik dan menjaganya di rumah.Kewajipan ke atas wanita mentaati perintah suami selagi mana dia tidak menyuruh ke arah maksiat (Lihat Jami’ al-Bayan,5/169 )

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

لا يحِلُّ للمَرأةِ أن تصومَ وزَوجُها شاهِدٌ إلَّا بإذنِه، ولا تأذَنَ في بيتِه إلَّا بإذنِه، وما أنفَقَت مِن نَفَقةٍ عن غيرِ أمرِه، فإنَّه يؤدَّى إليه شَطرُه

Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang wanita untuk berpuasa sementara suaminya ada di rumah kecuali dengan keizinanya dan tidak boleh mengizinkan seseorang masuk ke dalam rumahnya kecuali dengan izinnya serta perlu mendapat keizinan dalam menggunakan apa yang telah dinfakkannya.”

Riwayat Bukhari (5195)

Hadis ini menunjukkan bahawa hak suami lebih utama bagi wanita daripada berbuat kebajikan kerana hak suaminya adalah kewajiban, dan menjalankan kewajipan lebih diutamakan daripada berbuat kebajikan secara sukarela. (Lihat Fath al-Bari, 9/296)

Diriwayatkan juga  daripada Saidatina ‘Aisyah R.Anha:

سَأَلْتُ النَّبِيَّ ﷺ: أَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الْمَرْأَةِ ؟ قَالَ: ” زَوْجُهَا “، قُلْتُ: فَأَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الرَّجُلِ؟ قَالَ:” أُمُّه

Maksudnya:Aku bertanya kepada Nabi S.A.W “Siapakah manusia yang paling berhak atas seorang isteri?” Beliau bersabda, “Suaminya.” Aku bertanya lagi, “Lalu siapakah manusia yang paling berhak atas seorang lelaki?” Beliau bersabda, “Ibunya.”

Sunan Al-Kubra (9099)

Dalil-dalil di atas menyatakan bahawa besarnya hak suami ke atas isteri dan wajib baginya mentaati perintah suaminya selagi mana perintah tersebut tidak bercanggah dengan syarak.

Menjawab bagi persoalan di atas, dapat kami nyatakan di sini bahawa perlu difahami terlebih dahulu larangan suami tersebut. Sekiranya larangan tersebut bertujuan  mendidik seperti suami melarang bermain telefon supaya tidak mengabaikan hak-hak suami atau menjauhi perkara lagha maka wajib bagi isteri mentaati perintah tersebut. Namun, sekiranya  menggunakan telefon bagi bertujuan mempelajari ilmu-ilmu fardhu ain dalam memperbaiki diri seperti seorang muallaf yang baru memeluk Islam dan dalam masa yang sama juga tidak mengabaikan hak-hak suami dan anak-anak maka ia diperbolehkan. Oleh yang demikian bagi suami tidak boleh menghalangnya. Justeru, sebaiknya kami menasihati supaya meminta keizinan suami terdahulu supaya tidak berlaku perselisihan dalam rumahtangga.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :   

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا أُدْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya: “Jika wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya (pada hari Kiamat): ‘Masuklah ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang kamu mahu.”

Riwayat Ahmad (1664), Ibn Hibban (1296) dan al-Bazzar (7480). Syeikh Syu’aib al-Arnaut menyatakan hadis ini sahih dalam takhrij Sahih Ibn Hibban (4163)

Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Surah al-Furqan (74)

Bertarikh: 23 Jun 2023 bersamaan 4 Zulhijjah 1444 H