Buku Fizikal
eBahth Ilmi
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Apakah hukum berzikir secara nyaring selepas solat fardhu?
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Zikir adalah satu istilah yang suci dari Ilahi. Seperti yang didefinisikan oleh Syeikh Abdul Rahman al-Saโdi, zikir secara umum adalah meliputi segala perkara yang mendekatkan seseorang hamba dengan Allah SWT dari segi aqidah, pemikiran, amalan hati, amalan badan atau pujian ke atas Allah atau mempelajari ilmu berfaedah atau mengajarinya atau seumpama dengannya.[1]
Secara khususnya pula, zikir merujuk kepada lafaz-lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Allah SWT seperti membaca al-Qurโan, menyebut nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi dengan bibir atau di dalam hati sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qurโan, atau pun lafaz-lafaz yang disyariatkan menerusi lidah Rasulullah SAW yang memberi erti pujian, penyucian, pengudusan dan pengesaan terhadap Allah SWT.[2]
Ibn โAllan pula menyimpulkannya sebagai apa yang kita ibadahkan berdasarkan lafaz-lafaz yang ditentukan oleh pembuat syariat (Allah SWT) bertujuan bagi mengagungkan Allah SWT dan memuji-muji-Nya.[3]
Ini bermakna, zikir pada asasnya adalah sesuatu yang amat dituntut di dalam agama. Bahkan ayat-ayat al-Qurโan banyak menyentuh tentang perintah supaya kita berzikir kepada Allah SWT. Ada antara perintah tersebut berbentuk wajib seperti berzikir mengingati Allah SWT melalui solat lima waktu sebagaimana firman Allah SWT:
ุฅููููููู ุฃูููุง ุงูููููู ููุง ุฅููููู ุฅููููุง ุฃูููุง ููุงุนูุจูุฏูููู ููุฃูููู ู ุงูุตููููุงุฉู ููุฐูููุฑูู
Maksudnya: โSesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.โ[4]
Manakala ayat-ayat yang menyebut tentang perintah berzikir tanpa menyebut bentuk ibadah tertentu adalah tersangat banyak. Cukup dinyatakan di sini ayat 41 dalam surah al-Ahzab yang memerintahkan kita supaya memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT secara umum. Allah SWT berfirman dalam ayat tersebut:
ููุง ุฃููููููุง ุงูููุฐูููู ุขู ููููุง ุงุฐูููุฑููุง ุงูููููู ุฐูููุฑูุง ููุซููุฑูุงุ ููุณูุจููุญูููู ุจูููุฑูุฉู ููุฃูุตููููุง
Maksudnya: โWahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.โ[5]
Dengan itu, tidak diragukan lagi kepentingan berzikir kepada Allah SWT. Sesiapa yang menolak kepentingan berzikir, golongan tersebut boleh dikategorikan sebagai fasiq. Ini kerana zikir adalah termasuk dalam salah satu kaedah penting dalam mendekatkan diri seseorang hamba kepada Allah SWT. Dalam disiplin keilmuan Islam, ilmu berkenaan hal ehwal mendekatkan diri kepada Allah SWT disebut sebagai tasawuf. Kerana itu Imam Malik pernah mengatakan bahawa, barang siapa yang berfekah tanpa bertasawuf maka dia telah menjadi fasiq.[6]
Ayat al-Quran dan Hadith Nabawi Berkenaan Tuntutan Berzikir
Antara ayat al-Quran berkaitan tuntutan berzikir adalah firman Allah SWT:
ููุง ุฃููููููุง ุงูููุฐูููู ุขู ููููุง ุงุฐูููุฑููุง ุงูููููู ุฐูููุฑูุง ููุซููุฑูุง
Maksudnya: โWahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.โ[7]
Firman Allah SWT:
ููุงุฐูููุฑู ุงุณูู ู ุฑูุจูููู ุจูููุฑูุฉู ููุฃูุตููููุง
Maksudnya: โDan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.โ[8]
Di sana juga terdapat banyak hadith berkaitan galakan berzikir ini seperti hadith daripada Abu Musa R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
ู ูุซููู ุงูููุฐูู ููุฐูููุฑู ุฑูุจูููู ููุงูููุฐูู ูุงู ููุฐูููุฑู ุฑูุจููููุ ู ูุซููู ุงูุญูููู ููุงูู ููููุชู
Maksudnya: โPerumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati.โ[9]
ย Daripada Abu al-Dardaโ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ุฃูููุง ุฃูููุจููุฆูููู ู ุจูุฎูููุฑู ุฃูุนูู ูุงููููู ูุ ููุงูู ู ููููููู: ููุฃูุฒูููุงููุงุ ุนูููุฏู ู ููููููููู ูุ ููุฃูุฑูููุนูููุง ููู ุฏูุฑูุฌูุงุชูููู ูุ ููุฎูููุฑู ููููู ู ู ููู ุฅูุนูุทูุงุกู ุงูุฐููููุจู ููุงููููุฑูููุ ููุฎูููุฑู ููููู ู ู ููู ุฃููู ุชูููููููุง ุนูุฏููููููู ูุ ููุชูุถูุฑูุจููุง ุฃูุนูููุงููููู ู ููููุถูุฑูุจููุง ุฃูุนูููุงููููู ู ” ููุงูููุง: ููุฐููููู ู ูุง ูููู ููุง ุฑูุณูููู ุงููููุ ููุงูู: ุฐูููุฑู ุงูููู ุนูุฒูู ููุฌูููู
Maksudnya: โTidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: โZikir kepada Allah Azza Wa Jalla.โย [10]
Galakan Zikir dan Doa Selepas Solat Fardhu
Pada asasnya, berzikir dan berdoa selepas solat fardu adalah amalan yang digalakkan. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat hadis dan athar berkaitan galakan dan kelebihan amalan zikir dan berdoa selepas solat fardhu. Antaranya, hadith daripada Abu Umamah R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Lalu Rasulullah SAW menjawab:
ุฌููููู ุงูููููููู ุงููุขุฎูุฑู ููุฏูุจูุฑู ุงูุตููููููุงุชู ุงููู ูููุชููุจูุงุชู
Maksudnya:ย โ(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.โ[11]
Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:
ุฃูููู ุฑูููุนู ุงูุตููููุชู ุจูุงูุฐููููุฑู ุญูููู ููููุตูุฑููู ุงููููุงุณู ู ููู ุงููู ูููุชููุจูุฉู ููุงูู ุนูููู ุนูููุฏู ุงููููุจูููู -ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู -ููููุชู ุฃูุนูููู ู ุฅูุฐูุง ุงููุตูุฑููููุง ุจูุฐููููู ุฅูุฐูุง ุณูู ูุนูุชููู
Maksudnya:ย โTerangkatnya suara (kuat) ketika berzikir adalah apabila orang ramai selesai menunaikan solat fardu. Ianya berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Maka aku tahu jika mereka selesai menunaikan solat adalah ketika aku mendengar suara mereka berzikir.โ[12]
Thauban R.A pula meriwayatkan dengan katanya:
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู -ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู - ุฅูุฐูุง ุงููุตูุฑููู ู ููู ุตููุงูุชููู ุงุณูุชูุบูููุฑู ุซููุงูุซูุง ููููุงููย ุงููููููู ูู ุฃูููุชู ุงูุณูููุงูู ู ููู ููููู ุงูุณูููุงูู ู ุชูุจูุงุฑูููุชู ุฐูุง ุงููุฌููุงููู ููุงูุฅูููุฑูุงู ู
Maksudnya: โRasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat Baginda beristighfar sebanyak 3 kali seraya menyebutย :ย ุงููููููู ูู ุฃูููุชู ุงูุณูููุงูู ู ููู ููููู ุงูุณูููุงูู ู ุชูุจูุงุฑูููุชู ุฐูุง ุงููุฌููุงููู ููุงูุฅูููุฑูุงู .โ[13]
Daripada al-Mughirah bin Syuโbah R.A, beliau menulis surat kepada Muโawiyah:
ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู -ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู - ููุงูู ุฅูุฐูุง ููุฑูุบู ู ููู ุงูุตูููุงูุฉู ููุณููููู ู ููุงูู : ูุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุงูููููู ููุญูุฏููู ูุงู ุดูุฑูููู ูููู ูููู ุงููู ููููู ูููููู ุงููุญูู ูุฏู ูููููู ุนูููู ููููู ุดูููุกู ููุฏููุฑู ุงููููููู ูู ูุงู ู ูุงููุนู ููู ูุง ุฃูุนูุทูููุชู ูููุงู ู ูุนูุทููู ููู ูุง ู ูููุนูุชู ูููุงู ููููููุนู ุฐูุง ุงููุฌูุฏูู ู ููููู ุงููุฌูุฏูู
Maksudnya: โBahawa Rasulullah SAW apabila Baginda selesai menunaikan solat Baginda mengucapkanย :ย ูุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุงูููููู ููุญูุฏููู ูุงู ุดูุฑูููู ูููู ูููู ุงููู ููููู ูููููู ุงููุญูู ูุฏู ูููููู ุนูููู ููููู ุดูููุกู ููุฏููุฑู ุงููููููู ูู ูุงู ู ูุงููุนู ููู ูุง ุฃูุนูุทูููุชู ูููุงู ู ูุนูุทููู ููู ูุง ู ูููุนูุชู ูููุงู ููููููุนู ุฐูุง ุงููุฌูุฏูู ู ููููู ุงููุฌูุฏ[14]ู
Kata Ibn Zubair:ย โRasulullah SAW mengucapkannya setiap kali selepas menunaikan solat.โ
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ู ููู ุณูุจููุญู ุงูููููู ููู ุฏูุจูุฑู ููููู ุตููุงูุฉู ุซููุงูุซูุง ููุซููุงูุซูููู ููุญูู ูุฏู ุงูููููู ุซููุงูุซูุง ููุซููุงูุซูููู ููููุจููุฑู ุงูููููู ุซููุงูุซูุง ููุซููุงูุซูููู ููุชููููู ุชูุณูุนูุฉู ููุชูุณูุนูููู ููููุงูู ุชูู ูุงู ู ุงููู ูุงุฆูุฉู ูุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุงูููููู ููุญูุฏููู ูุงู ุดูุฑูููู ูููู ูููู ุงููู ููููู ูููููู ุงููุญูู ูุฏู ูููููู ุนูููู ููููู ุดูููุกู ููุฏููุฑู ุบูููุฑูุชู ุฎูุทูุงููุงูู ููุฅููู ููุงููุชู ู ูุซููู ุฒูุจูุฏู ุงููุจูุญูุฑู
Maksudnya:ย โSesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkanย โูุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุงูููููู ููุญูุฏููู ูุงู ุดูุฑูููู ูููู ูููู ุงููู ููููู ูููููู ุงููุญูู ูุฏู ูููููู ุนูููู ููููู ุดูููุกู ููุฏููุฑ, maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.โ[15]
Riwayat-riwayat yang dinyatakan di atas ini menunjukkan bahawa amalan berzikir setiap kali selepas solat fardhu adalah amalan yang sentiasa dilazimi oleh Rasulullah SAW. Malah, Nabi SAW pernah menegur seorang lelaki yang tergesa-gesa berdoa selepas solat tanpa ada pujian kepada Allah dan selawat. Baginda SAW bersabda:
ุฅูุฐูุง ุตููููู ุฃูุญูุฏูููู ู ุ ููููููุจูุฏูุฃู ุจูุชูู ูุฌููุฏู ุฑูุจูููู ุฌูููู ููุนูุฒูู ุ ููุงูุซููููุงุกู ุนููููููู ุ ุซูู ูู ููุตููููู ุนูููู ุงููููุจูููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุ ุซูู ูู ููุฏูุนูู ุจูุนูุฏู ุจูู ูุง ุดูุงุกู
Maksudnya: โJika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.โ[16]
Imam al-Nawawi menyebut: โPara ulama bersepakat terhadap keharusan zikir selepas menunaikan solat.โ[17]
Justeru, berdasarkan beberapa riwayat di atas, dapat kita fahami bahawa amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan. Moga zikir-zikir yang kita ucapkan selepas menunaikan solat fardu menjadi penghapus dosa. Maka tidak perlu tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat fardu. Alangkah baiknya jika kita dapat duduk sejenak berzikir dan berdoa sebelum menunaikan solat sunat Baโdiah sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Hadith Ibn โAbbas dan Penjelasan Ulamaโ
Daripada Ibn โAbbas R.Anhuma, katanya:
ุฃูููู ุฑูููุนู ุงูุตููููุชู ุจูุงูุฐููููุฑู ุญูููู ููููุตูุฑููู ุงููููุงุณู ู ููู ุงููู ูููุชููุจูุฉู ููุงูู ุนูููู ุนูููุฏู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ูุ ููููุงูู ุงุจููู ุนูุจููุงุณู: ููููุชู ุฃูุนูููู ู ุฅูุฐูุง ุงููุตูุฑููููุง ุจูุฐููููู ุฅูุฐูุง ุณูู ูุนูุชููู
Maksudnya: โBahawa menguatkan suara ketika berzikir selepas jemaah mendirikan solat fardhu adalah biasa dilakukan pada zaman Nabi SAW.โ Kata Ibn โAbbas lagi: โDahulu aku mengetahui bahawa berakhir solat (selesai solat) itu adalah apabila telah mendengar suara zikir.โ [18]
Imam al-Nawawi menjelaskan seperti berikut: Al-Syafiโi Rahimahullahu Taโala menjelaskan berkenaan hadith ini, bahawa Baginda SAW menguatkan suara dalam beberapa tempoh waktu sahaja. Ia adalah bertujuan untuk mengajar para Sahabat berkenaan cara-cara berzikir, bukan bererti mereka sentiasa menguatkan suaranya.
Beliau (al-Syafiโi) berkata: Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah, sebaik selesai menunaikan solatnya. Dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, kecuali bagi seseorang imam yang mahu supaya para makmumnya belajar (berkenaan zikir) daripadanya. Maka dia boleh menguatkan zikirnya sehingga apabila dia merasa (mengetahui) bahawa mereka telah memahami (belajar), maka hendaklah dia kembali merendahkan (memperlahankan) suaranya ketika berzikir.[19]
Imam al-Nawawi turut berkata: Disunatkan untuk berzikir dan berdoa pada setiap kali selesai solat (fardhu) dan hendaklah dia merendahkan suaranya. Apabila seseorang imam hendak mengajarkan makmumnya (tentang bacaan zikir), maka dia boleh untuk menguatkan suaranya. Kemudian apabila mereka telah mengetahui, dia kembali merendahkan (suara zikirnya).[20]
Al-โImrani menjelaskan: Riwayat perawi yang meriwayatkan bahawa Baginda SAW berdoa (berzikir) dan menguatkan suaranya, ditafsirkan bahawa Baginda SAW melakukan perkara tersebut agar para Sahabat dapat belajar daripada Baginda SAW. Dan riwayat perawi yang menyebut bahawa Baginda SAW diam sejenak (selepas selesai solat), kemudian bangun dan pergi, difahami bahawa Baginda berdoa dengan merendahkan suaranya, sehingga Baginda hanya memperdengarkan untuk dirinya sahaja.[21]
Berkenaan hadith di tersebut juga, Syeikh โAbdullah bin โAbd al-Rahman al-Bassam dalam syarahnya terhadap โUmdah al-Ahkam berkata: โDi sini sebenarnya perlu difahami bahawa Ibn โAbbas masih kecil dan dia tidak turut serta dalam solat berjemaah. Dia mendengar suara tahlil dari luar masjid. Dapat juga diertikan bahawa beliau menyertai solat berjemaah, tetapi beliau berada di saf yang jauh sehingga tidak ada orang yang menyambung suara kepadanya, menjadikan beliau tidak mengetahui telah berakhirnya solat Rasulullah SAW melainkan dengan mendengar suara tahlil daripada saf-saf yang awal.โ[22]
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyebut: Al-Qadhi โIyadh berkata: Bahawa Ibn โAbbas R.Anhuma tidak hadir menyertai solat berjemaah tersebut kerana usianya yang masih kecil. Dia tidak termasuk di antara orang yang terus-menerus menghadiri jemaah. Maka beliau mengetahui selesainya solat berdasarkan keadaan tersebut. Ulamaโ selainnya mengatakan, kemungkinan Ibn โAbbas hadir di akhir saf, maka beliau tidak mengetahui selesainya solat berdasarkan salam. Akan tetapi, beliau mengetahuinya dengan takbir. Ibn Daqiq al-โId berpendapat, daripada sini dapat dibuat kesimpulan bahawa di ketika itu, tidak ada orang yang menyampaikan takbir imam (muballigh) supaya didengari oleh orang yang berada di akhir saf.[23]
Berkenaan Zikir Secara Nyaring Selepas Solat
Adakah berzikir selepas solat fardu secara nyaring itu sunat atau tidak sunat? Jika mempunyai dalil, sudah pasti ia akan dihukumkan sunat. Jika tidak mempunyai dalil, adakah ia suatu amalan bidโah yang menyesatkan atau bidaah yang hasanah iaitu yang dipuji?
Dalam menjawab persoalan ini, dikemukakan tokoh ulama, antaranya:
Pertama: Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali
Beliau merupakan salah seorang tokoh ulama hadis terkemuka. Bermazhab Hanbali dan juga memiliki kitab Syarah kepada Sahih al-Bukhari yang menyamai dengan nama kitab karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani iaitu Fath al-Bari.
Ibnu Rajab berkata dalam kitab Fath al-Bari: โImam Ahmad meriwayatkan hadis ini dan menambahnya sesungguhnya manusia (pada waktu itu) apabila imam memberi salam daripada solat fardu mereka akan bertakbir sebanyak tiga kali.โ Dengan ini telah jelas maksud takbir yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW selepas solat fardu ialah tiga kali takbir berturut-turut. Hadis riwayat Ibnu Umar R.Anhuma menyokongnya (riwayat Imam Ahmad) yang berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: โSesiapa yang menyebut selepas selesai solat dalam keadaan berbaring sambil mengiring:
ุงูููู ุฃูููุจูุฑู ููุจููุฑูุง ุนูุฏูุฏู ุงูุดููููุนู ููุงููููุชูุฑูุ ููููููู ูุงุชู ุงูููู ุงูุทูููููุจูุงุชู ุงููู ูุจูุงุฑูููุงุชู
Sebanyak tiga kali dan:
ูุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุงูููู ุนูุฏูุฏู ุงูุดููููุนู ููุงููููุชูุฑูุ ููููููู ูุงุชู ุงูููู ุงูุทูููููุจูุงุชู ุงููู ูุจูุงุฑูููุงุชู
Juga sebanyak tiga kali, nescaya dijadikan cahaya baginya semasa berada di dalam kubur, cahaya baginya di Padang Mahsyar, dan cahaya baginya ketika berada di atas titian Sirat sehinggalah dia memasuki syurga.
Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata lagi: โSesungguhnya hadis Ibnu Abbas menjadi dalil kepada menyaringkan suara ketika bertakbir selepas solat fardu. Sebahagian ahli zahir telah mengambil secara zahir, dan diceritakan daripada kebanyakan ulama bersalahan dengan (pemahaman) tersebut. Sesungguhnya yang paling utama adalah memperlahankan suara ketika berzikir berdasarkan firman Allah SWT (Surah al-Aโraf: 205) yang bermaksud: Sebutlah Tuhanmu di dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut. Firman-Nya (Surah al-Aโraf: 55) lagi yang bermaksud: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.
Nabi SAW bersabda kepada mereka yang berzikir secara kuat dalam kalangan sahabat Baginda yang bermaksud: โSesungguhnya kalian bukannya menyeru seorang yang pekak dan tiada di hadapan kamu.โ
Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata lagi: Al-Qadhi Abu Yaโla menyebut dalam kitab al-Jamiโ al-Kabir: Zahir kata-kata (Imam) Ahmad bahawa disunatkan bagi imam menyaringkan suara ketika berzikir dan berdoa selepas solat sekadar makmum mendengarnya dan tidak lebih daripada itu. Beliau (Abu Yaโla) menyebutkan nas-nas daripada Imam Ahmad yang menunjukkan beliau (Imam Ahmad) menyaringkan (suara) pada beberapa zikir dan berdoa secara perlahan. Inilah yang paling jelas, dan ia bukanlah dikhususkan kepada imam sahaja. Sesungguhnya hadis Ibnu Abbas ini secara zahirnya menunjukkan bahawa makmum juga menyaringkan (suara).
Apa yang diriwayatkan oleh Muslim juga menjadi dalil kepadanya (perbuatan ini) daripada hadis Ibnu al-Zubair bahawa beliau menyebut pada setiap kali selepas solat ketika memberi salam:
ูุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุงูููู ููุญูุฏููู ูุงู ุดูุฑููููู ููููุ ูููู ุงููู ููููู ูููููู ุงููุญูู ูุฏูุ ูููููู ุนูููู ููููู ุดูููุกู ููุฏูููุฑูุ ูุงู ุญููููู ูููุงู ูููููุฉู ุฅููุงูู ุจูุงูููู. ูุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุงููููุ ูููุงู ููุนูุจูุฏู ุฅููุงูู ุฅููููุงููุ ูููู ุงููููุนูู ูุฉู ูููููู ุงููููุถููู ูููููู ุงูุซููููุงุกู ุงููุญูุณูููุ ูุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุงููููุ ู ูุฎูููุตููููู ูููู ุงูุฏููููู ูููููู ููุฑููู ุงููููุงููุฑูููู
Beliau berkata: โRasulullah SAW menyebutnya pada setiap kali selesai solat.โ
Maksud perkataan yuhillu adalah meninggikan suaranya (Baginda SAW).
Sesungguhnya para sahabat Nabi SAW telah berzikir dengan nyaring selepas solat, sehingga orang yang berada di samping mereka boleh mendengarnya. Imam al-Nasaie telah meriwayatkan dalam kitab Amal al-Yaum wa al-Lailah daripada riwayat โAun bin Abdullah bin Utbah, katanya: Seorang lelaki telah solat bersebelahan Abdullah bin Amru bin al-โAsh dan dia mendengar beliau mengucapkan ketika memberikan salam:
ุงููููููู ูู ุฃูููุชู ุงูุณูููุงูู ูุ ููู ููููู ุงูุณูููุงูู ูุ ุชูุจูุงุฑูููุชู ููุง ุฐูุง ุงููุฌููุงููู ููุงูุฅูููุฑูุงู ู
Kemudian (suatu ketika yang lain), dia solat bersebelahan Abdullah Ibnu Umar, dan dia mendengar beliau mengucapkan perkataan seperti itu ketika memberikan salam. Lalu lelaki itu pun ketawa. Lantas Ibnu Umar bertanya kepadanya: Apakah perkara yang menyebabkan engkau ketawa? Dia berkata: โSesungguhnya aku telah solat bersebelahan Abdullah bin Amru. Aku mendengar beliau mengucapkan sama seperti apa yang telah engkau ucapkan tadi.โ Kata Ibnu Umar: Adalah Rasulullah SAW mengucapkan sedemikian.โ
Kedua: Imam al-Nawawi
Beliau merupakan tokoh yang agung, terkemuka serta tidak asing lagi dalam mazhab al-Syafiโi. Beliau memiliki banyak kitab yang menjadi rujukan kepada ramai ulamaโ di seluruh dunia.
Sepertimana yang telah kami sebutkan di atas, kami nukilkan sekali lagi di sini tentang kenyataan Imam al-Nawawi berkenaan isu ini. Kata beliau: (Imam) Al-Syafiโi Rahimahullahu Taโala menjelaskan berkenaan hadith ini (hadith Ibn โAbbas di atas), bahawa Baginda SAW menguatkan suara dalam beberapa tempoh waktu sahaja. Ia adalah bertujuan untuk mengajar para Sahabat berkenaan cara-cara berzikir, bukan bererti mereka sentiasa menguatkan suaranya.
Beliau (al-Syafiโi) berkata: Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah, sebaik selesai menunaikan solatnya. Dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, kecuali bagi seseorang imam yang mahu supaya para makmumnya belajar (berkenaan zikir) daripadanya. Maka dia boleh menguatkan zikirnya sehingga apabila dia merasa (mengetahui) bahawa mereka telah memahami (belajar), maka hendaklah dia kembali merendahkan (memperlahankan) suaranya ketika berzikir.[24]
Ketiga: Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
Beliau juga merupakan salah seorang tokoh ulama hadis yang sangat terkemuka lagi disegani dan dihormati sejak sekian lama oleh para ulama hadis yang lain. Beliau bermazhab Syafie dan mempunyai beberapa buah kitab yang sangat hebat menjadi rujukan para ulama seluruh pelosok dunia.
Antara kitab paling unggul karangannya ialah kitab Fath al-Bari, syarah kepada kitab Sahih al-Bukhari, yang dikarang memakan masa selama 25 tahun. Kitab ini merupakan yang paling unggul daripada 49 buah kitab yang pernah dikarang oleh ulama-ulama hadis dalam menghuraikan kitab Sahih al-Bukhari.
Menjawab isu ini, dalam kitabnya Fath al-Bari, katanya bahawa Ibnu Abbas R.Anhuma telah mengkhabarkan:
ุฃูููู ุฑูููุนู ุงูุตููููุชู ุจูุงูุฐููููุฑู ุญููููู ููููุตูุฑููู ุงููููุงุณู ู ููู ุงููู ูููุชูููุจูุฉู ููุงูู ุนูููู ุนูููุฏู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู. ููููุงูู ุงูุจููู ุนูุจููุงุณู: ููููุชู ุฃูุนูููู ู ุฅูุฐูุง ุงููุตูุฑูููููุง ุจูุฐููููู ุฅูุฐูุง ุณูู ูุนูุชููู
Maksudnya: โSesungguhnya menyaringkan suara ketika berzikir semasa orang ramai selesai daripada solat fardu telah berlaku pada zaman Nabi SAW lagi. Ibnu Abbas R.Anhuma berkata: Aku mengetahui mereka (orang ramai) telah selesai melaksanakan solat fardu apabila aku mendengarnya (berzikir secara nyaring).โ[25]
Al-Hafiz Ibnu Hajar ketika mengulas kenyataan Ibnu Abbas R.Anhuma berkata: โIa (hadis ini) menjadi dalil harus menyaringkan suara ketika berzikir selepas solat. Imam al-Nawawi berkata: โImam al-Syafie memberikan pendapat dengan berdasarkan hadis ini bahawa mereka menyaringkannya dalam tempoh yang sedikit untuk mengajarkan bentuk zikir, bukannya mereka berterusan menyaringkannya. (Pendapat) yang terpilih ialah imam dan makmum berzikir dengan merendahkan (suara) melainkan jika ia perlu kepada pengajaran (imam mengajarkan makmumnya zikir tersebut).โ
Hadis tersebut telah disokong dengan satu lagi riwayat daripada Imam al-Bukhari yang berbunyi:
ููููุชู ุฃูุนูุฑููู ุงูููุถูุงุกู ุตููุงูุฉู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุจูุงูุชููููุจูููุฑู
Maksudnya: โAku mengetahuinya selesainya solat Nabi SAW dengan ucapan takbir (secara nyaring).โ
Wallahu aโlam.
Bertarikh: 31 Mac 2022 bersamaan 28 Syaaban 1443H
The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.
[1] Lihatย al-Riyadh al-Nadhirah, hlm. 245
[2] Lihatย al-Zikr wa Atharuh fi Dunya al-Muslim wa Akhiratih, hlm. 17-20
[3] Lihatย al-Futuhat al-Rabbaniyyah Syarh al-Azkar al-Nawawiyyah, 1/396
[4] (Surah Taha: 14)
[5] (Surah al-Ahzab: 41-42)
[6] Lihatย Mirqat al-Mafatih, 1/478
[7] (Surah al-Ahzab: 41)
[8] (Surahย al-Insan: 25)
[9] Riwayat al-Bukhari (6407)
[10] Riwayat Ahmad (27102). Syeikh Syuโaib al-Arnaโuth menilai sanad hadith ini adalah sahih.
[11] Riwayatย al-Tirmizi (3499). Beliau berkata: Hadis ini adalah hadis Hasan.
[12] Riwayatย al-Bukhariย (841) danย Muslimย (1346)
[13] Riwayatย Muslimย (1362)
[14] Riwayatย al-Bukhariย (844) danย Muslimย (1366)
[15] ย Riwayatย Muslimย (1380)
[16] Riwayat Abu Daud (1481)
[17] Lihat al-Azkar, hlm. 57
[18] Riwayat al-Bukhari (796) dan Muslim (919)
[19] Lihat Syarh al-Nawawi โala Sahih Muslim, 5/84
[20] Lihat al-Tahqiq, hlm. 219
[21] Lihat al-Bayan fi Mazhab al-Imam al-Syafiโi, 2/250
[22] Lihat Taisir al-โAllam, hlm. 266
[23] Lihat Fath al-Bari, 2/326
[24] Lihat Syarh al-Nawawi โala Sahih Muslim, 5/84
[25] Riwayat al-Bukhari (840 )