Aplikasi Sistem Syura pada Zaman Nabi SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin

RM5.00

Islam telah menyarankan satu kaedah yang sempurna dalam konteks pengurusan, yang sekaligus memperlihatkan keagungan Islam itu sendiri. Salah satu kaedah yang penting dalam mengeluarkan sesuatu keputusan adalah melalui kaedah syura (mesyuarat). Kaedah ini menyerlahkan kebersamaan fikiran bersama orang lain yang terlibat dalam membuat sesuatu keputusan.

Dengan adanya anggota-anggota syura yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tingkat pemikiran, ia dapat membuka ruang untuk melihat sesuatu perkara itu daripada pelbagai sudut sebelum keputusan diambil. Natijahnya, sesuatu perkara yang diputuskan akan menjadi lebih sempurna dan mendekati kebenaran disebabkan telah memperoleh satu gambaran dan pertimbangan yang menyeluruh.

Category: