Penerbit: Maktabah Al-Bakri
Penulis: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 45
Halaman: Berwarna
RM5.00
Islam telah mengajar umatnya beberapa kaedah bagi menyucikan hati dan menjernihkannya daripada sebarang dosa dan maksiat, iaitu dengan memperbanyakkan taubat, zikir dan istighfar. Hakikat istighfar dalam Islam adalah bagi menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah SWT, sambil memohon keampunan daripada-Nya daripada segala dosa.
Istighfar sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana padanya terdapat pelbagai kelebihan. Hal ini juga kerana sebagai seorang manusia biasa, maka kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Maka, sewajarnya kita melazimi istighfar dalam kehidupan seharian kita.
Reviews
There are no reviews yet.