Penerbit: Maktabah Al-Bakri
Penulis: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 48
Halaman: Berwarna
Pengunaan Konsep Dharurah dalam Penentuan Hukum
RM6.00
Kaedah Fiqh bermaksud segala Usul Fiqh yang bersifat menyeluruh dan merangkumi nas-nas ringkas yang berperlembagaan, mengandungi segala hukum syara’ yang umum bagi peristiwa yang masuk di bawah tajuknya. Inilah definisi yang dikemukakan oleh Al-Zarqa’ melalui kitabnya al- Qawaid al-Fiqhiyyah (hlm. 34)
Terdapat lima kaedah utama yang dikenali sebagai al-Qaedah al-Kulliyyah (Kaedah Menyeluruh) iaitu:
i. Semua perkara berdasarkan kepada niat dan tujuannya.
ii. Mudharat hendaklah dihilangkan.
iii. Adat dan ‘uruf yang baik hendaklah dijadikan hukum.
iv. Keyakinan tidak boleh dihalang dengan sebab syak.
v. Masyaqqah (kepayahan) hendaklah dibawa ke arah kemudahan.
Reviews
There are no reviews yet.